Hiburan

Tetap Cantik Meski ‘Awning Kelepet’, Tudung Siti Nurhaliza Jadi Perhatian Peminatnya

Share

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mendedikasikan ucapan teristimewa buat suami tercintanya,Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sempena ulang tahun kelahiran yang ke-65 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu mendoakan agar suaminya bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Genap Usia 45 Tahun, Ini ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Kekal Jelita & Awet Muda

“Selamat ulang tahun kelahiran sayang… semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT… Aaminn ya rabb,” coretnya.

Lebih menarik di ruangan komen apabila, rata-rata netizen saling memberi reaksi dengan tudung dipakai Siti yang dilihat ‘kelepet’, selain mendoakan yang baik-baik buat Datuk K.

“Tudung itu rasa macam nak tolong betulkan yang penyet itu,” komen seorang pengikutnya.

 

“Apalah sangat tudung kelepet… Siti Nurhaliza kot…” komen seorang lagi.

“Tudung kelepet-kelepet pun cantik,” tulis peminatnya yang lain.

“Tokti pakai awning kelepet pun lawa. Apa pun, happy birthday

Datuk K,” tulis juga pengikutnya lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza

Published by
Fath