Bertempat di Koh Pich Theater di Phnom Penh, Kemboja, wakil Miss Planet Filipina Maria Luisa Varela telapun dimahkotakan dengan gelaran Miss Planet International 2023 selepas dia mengenepikan kesemua 13 lagi saingan lain pada hari Ahad.
Maria yang merupakan seorang ahli peniagaan berusia 26 tahun sekaligus menjadi wakil Filipina pertama yang memenangi pertandingan tersebut setelah edisi sulungnya yang dianjurkan pada tahun 2019 dimenangi oleh Monique Best dari Afrika Selatan. Dalam acara tersebut juga, Maria membawa pulang trofi kategori Social Media Award.
Pertandingan Miss Planet International 2023 terlebih dahulu tidak terlepas daripada kontroversi yang hangat diperkatakan dalam dunia ratu cantik.
Kontroversi sejak awal lagi tercetus dalam kem organisasi Filipina sendiri. Wakil sebenar yang sepatutnya mewakili Filipina ke Miss Planet International ialah pemenang kedudukan ‘First Runner Up’ dalam pertandingan Bibibining Pilipinas 2022 iaitu Herlene Nicole Budol.
Apabila Herlene mendapat tempat ‘First Runner Up’ itu, dia pada awalnya tidak diberikan amanah untuk mewakili Filipina ke mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti mana peserta lain yang memperolehi kedudukan lebih tinggi daripadanya.
Begitupun, pengurus Herlene pada waktu itu iaitu Wilbert Tolentino merayu kepada pihak Binibining Pilipinas Charities Inc (BPCI) untuk membolehkannya menghantar Herlene bertanding di sebuah pertandingan antarabangsa. Mereka akhirnya mengalah dan Herlene pun ‘terbang’ ke Uganda dengan membawa harapan Filipina.
Ads
Here is where it gets interesting.
Setelah Herlene dan beberapa lagi perwakilan lain berada di Kampala (ibu negara Uganda) untuk memulakan aktiviti pusingan awal (preliminary), para perwakilan yang bertanding sudah boleh menghidu ura-ura kononnya Miss Planet International akan dibatalkan!
Ini disebabkan penyebaran wabak Ebola di Uganda yang memaksa penganjur menangguhkan pertandingan yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu.
Herlene dan beberapa perwakilan lain bertindak menarik diri terus daripada bertanding untuk gelaran Miss Planet International dan merasa ‘tertipu’ dengan pihak penganjur. Malah ada juga yang menggelar organisasi itu sebagai ‘scammer’!
Hanya pada 20 Disember 2022, penganjur mengumumkan pentas akhir Miss Planet International akan disambung semula di Phnom Penh, Kemboja pada bulan Januari.
Pada momen ini, pengurus Herlene iaitu Wilbert Tolentino telahpun tawar hati dan enggan lagi menghantar jelitawan itu ke Kemboja.
Apa yang mengejutkan peminat dunia ratu cantik Filipina adalah apabila Miss Planet International sendiri mengumumkan penyertaan Maria Luisa Varela di saat akhir pada 20 Januari 2023 menerusi akaun Facebook serta Instagram organisasi itu.
Kali ini, penyertaan Filipina adalah di bawah kelolaan Pengarah Nasional baharu, Michael ‘Miki’ Antonio.
Disebabkan plot twist yang berlangsung sepanjang penganjuran Miss Planet International 2023 ini, ramai yang skeptikal mengenai kemenangan Filipina kelmarin biarpun penyokong dari negara itu tetap gembira meraikannya setelah wakil Filipina ke Miss Universe 2022, Celeste Cortesi gagal memperolehi kedudukan.
Apapun, Maria Luisa Varela tetap bergelar pemenang yang sah dan berjaya mengenepikan wakil Zibabwe, Jemima Mandemwa yang berpuas hati sebagai Naib Juara dan pemenang tempat ketiga, Ono Aya dari Jepun.
Melengkapkan kedudukan Top 5 ialah wakil Finland, Katarina Juselius dan wakil Latvia, Alina Safronova.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je peminat K-Drama yang tidak mengenali pelakon, Lee Minho?
Popular dengan pelbagai karya drama popular seperti Boys Over Flower, The Heirs dan terbaru, The King: Eternal Monarch, Minho sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang lakonan.
TAPI, dia langsung tidak kelihatan tua. Malah jika ada yang meletakkan Minho bersebelahan dengan para pelakon baru di awal 20-an, penulis sendiri berani menyatakan bahawa Minho kelihatan sama muda dengan mereka.
Sempena hari kelahiran Minho ke-33 pada 22 Jun 2020, penulis ingin membongkar rahsia sebenar kulit awet muda ex kepada Bae Suzy ini.
Minuman Ginseng
Percaya tak, Minho sebenarnya bergantung kepada kelebihan minuman herba seperti ginseng.
Semasa dia masih terlibat dalam latihan ketenteraan sekitar 2018, Minho mempromosikan minuman jenama Good Base: Red Ginseng & Aronia. Ia mempunyai kandungan tinggi dalam anti-oksidan dengan kesan anti-aging.
Setelah 5 tahun mempromosikan minuman ginseng, tak mustahil Minho telah memperolehi kelebihan produk itu. Iyalah, kalau dia tak yakin dengan sesuatu produk, mana mungkin dia menjadi duta selama itu.
Hhm, terus terasa nak ambil minuman ginseng kan!
Walaupun agak mahal, tetapi kesannya memang diketahui umum. Why not mula sejak muda?
Sekiranya korang tidak mahu tua lebih awal dari usia, ini adalah di antara pantang-larang yang boleh korang elakkan.
Setibanya musim minggu fesyen di kota-kota berstail Eropah, peminat grup K-pop wanita sensasi Blackpink pastinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan ahli kegemaran mereka di pertunjukan fesyen berbeza.
Bagi yang menggemari persona rapper dan pelakon Jennie Kim, tentunya korang akan setia menunggu gaya apa pula yang akan dipilih bagi pertunjukan fesyen Chanel; jenama yang telah diwakilinya sejak tahun 2017 lagi.
Saban tahun, Jennie tidak pernah gagal memberikan inspirasi kepada fesyenista sedunia dalam persalinan Chanel-nya; seperti yang dilakukannya pada petang ini.
Sempena pertunjukan koleksi Musim Bunga/Panas 2023 sebentar tadi, Jennie digayakan dalam dress paras peha dengan potongan sebelah bahu terdedah sambil dipadankan dengan jaket berpaten sama. Di atasnya tertera logo serta perkataan Chanel. Manakala dandanan rambutnya dibiarkan ringkas terikat dengan ikatan ponytail.
Ini bukanlah kali pertama nama Jennie trending di platform media sosial sewaktu kemunculannya di kota Paris itu.
Jom lihat lima lagi gaya Chanel Jennie sejak bergelar tetamu barisan hadapan di pertunjukan fesyen jenama Perancis itu.
Oktober 2018
Setelah dinamakan sebagai duta antarabangsa Chanel pada tahun 2017, ini merupakan kemunculan pertamanya di Minggu Fasyen Paris di mana dia glowing dalam set pantsuit berfabrik tweed. Warna biru yang dipilih amat bersesuaian dengan ilham percutian tepian pantai Chanel pada musim itu.
Mac 2019
Dengan persekitaran set serba putih ibarat winter wonderland, Jennie digayakan dalam dress putih dengan perincian piping hitam keemasan serta tali pinggang dempak Chanel. Persis puteri diraja Korea, bukan? Pertunjukan fesyen ini bertambah istimewa apabila ini merupakan koleksi terakhir yang direka oleh Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Oktober 2019
Yes, siapa boleh lupakan gaya ikonik ini? Bersempena pertunjukan Musim Bunga/Panas 2020, Jennie hadir dengan penampilan season appropriate dan chic dalam top biru, kardigan ungu serta seluar denim berona dusty blue. Khabarnya, tiga item yang dipakai oleh Jennie ini pantas habis terjual selepas pertunjukan fesyen ini!
Tepat dua tahun berlalu selepas sekatan pandemik COVID-19 melanda dunia. Bagi kemunculan comeback ini, Jennie tidak mengecewakan apabila bintang K-pop itu tampil daring dalam persalinan two piece bersama aksesori mutiara keemasan. Jennie benar-benar menggarap identiti sebagai gadis Korea ‘modern yet timeless‘ yang selalu dikaitkan dengannya.
Mac 2022
REMAJA merasakan gaya kelima ini merupakan salah satu gaya terbaik yang pernah disarungkan Jennie. Ia merupakan gabungan sempurna di antara gaya elegan, chic dan kasual; semuanya pada waktu yang sama.
Dah tahu bagaimana untuk bergaya ala Jennie, jom lihat apakah rahsia untuk cantik sepertinya pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlalu ramai saingan daripada model berbilang bangsa yang berasal dari pelbagai negara sehinggakan hanya segelintir saja yang telah berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut.
Terbaru, model kelahiran Malaysia iaitu Vanizha Vasanthanathan telahpun mengharumkan nama negara setelah kelibatnya dapat disaksikan pada Minggu Fesyen Milan yang telah rancak berlangsung di sana pada akhir bulan Februari lepas.
Vanizha, 28 yang merupakan wajah sinonim dengan pertunjukan fesyen di Malaysia dan penggambaran paparan fesyen bagi majalah serta pereka fesyen tempatan dilihat menyarungkan persalinan daripada jenama ACT N°1 dan Marco Rambaldi bagi koleksi musim luruh/sejuk 2022 masing-masing.
Bukan mudah untuk menempa slot sebagai salah seorang model yang menjayakan Minggu Fesyen Milan. Namun Vanizha bukanlah calang-calang.
Sewaktu pertunjukan jenama ACT N°1, dia tampil serba glamor dengan dress berserta bukaan tinggi di tepi dan but hitam paras lutut; seperti yang dikongsikan olehnya menerusi hantaran di Instagram ini.
Manakala bagi pertunjukan Marco Rambaldi, dengan penuh yakin Vanizha membawakan busana yang diperbuatkan daripada fabrik kait yang disatukan ala kolaj; bersama seluar ungu lilac bertekstur.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Vanizha mencipta rekod dalam industri fesyen. Terdahulu, dia pernah terpilih sebagai model keturunan India-Malaysia pertama untuk terlibat dalam kempen jenama kecantikan dan penjagaan diri, Sephora.
Selain itu, Vanizha juga berpengalaman berjalan di pentas peragaan bagi acara Minggu Fesyen Lakme (di Mumbai, India), Minggu Fesyen China dan Minggu Fesyen Jakarta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...