Bertempat di Koh Pich Theater di Phnom Penh, Kemboja, wakil Miss Planet Filipina Maria Luisa Varela telapun dimahkotakan dengan gelaran Miss Planet International 2023 selepas dia mengenepikan kesemua 13 lagi saingan lain pada hari Ahad.
Maria yang merupakan seorang ahli peniagaan berusia 26 tahun sekaligus menjadi wakil Filipina pertama yang memenangi pertandingan tersebut setelah edisi sulungnya yang dianjurkan pada tahun 2019 dimenangi oleh Monique Best dari Afrika Selatan. Dalam acara tersebut juga, Maria membawa pulang trofi kategori Social Media Award.
Pertandingan Miss Planet International 2023 terlebih dahulu tidak terlepas daripada kontroversi yang hangat diperkatakan dalam dunia ratu cantik.
Kontroversi sejak awal lagi tercetus dalam kem organisasi Filipina sendiri. Wakil sebenar yang sepatutnya mewakili Filipina ke Miss Planet International ialah pemenang kedudukan ‘First Runner Up’ dalam pertandingan Bibibining Pilipinas 2022 iaitu Herlene Nicole Budol.
Apabila Herlene mendapat tempat ‘First Runner Up’ itu, dia pada awalnya tidak diberikan amanah untuk mewakili Filipina ke mana-mana pertandingan ratu cantik antarabangsa seperti mana peserta lain yang memperolehi kedudukan lebih tinggi daripadanya.
Begitupun, pengurus Herlene pada waktu itu iaitu Wilbert Tolentino merayu kepada pihak Binibining Pilipinas Charities Inc (BPCI) untuk membolehkannya menghantar Herlene bertanding di sebuah pertandingan antarabangsa. Mereka akhirnya mengalah dan Herlene pun ‘terbang’ ke Uganda dengan membawa harapan Filipina.
Here is where it gets interesting.
Setelah Herlene dan beberapa lagi perwakilan lain berada di Kampala (ibu negara Uganda) untuk memulakan aktiviti pusingan awal (preliminary), para perwakilan yang bertanding sudah boleh menghidu ura-ura kononnya Miss Planet International akan dibatalkan!
Ini disebabkan penyebaran wabak Ebola di Uganda yang memaksa penganjur menangguhkan pertandingan yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu.
Herlene dan beberapa perwakilan lain bertindak menarik diri terus daripada bertanding untuk gelaran Miss Planet International dan merasa ‘tertipu’ dengan pihak penganjur. Malah ada juga yang menggelar organisasi itu sebagai ‘scammer’!
ARTIKEL BERKAITAN: Terbang Jauh Ke Uganda Tetapi Peserta Pertandingan Kena Tipu? Rugi Masa & Wang – REMAJA
Hanya pada 20 Disember 2022, penganjur mengumumkan pentas akhir Miss Planet International akan disambung semula di Phnom Penh, Kemboja pada bulan Januari.
Pada momen ini, pengurus Herlene iaitu Wilbert Tolentino telahpun tawar hati dan enggan lagi menghantar jelitawan itu ke Kemboja.
Apa yang mengejutkan peminat dunia ratu cantik Filipina adalah apabila Miss Planet International sendiri mengumumkan penyertaan Maria Luisa Varela di saat akhir pada 20 Januari 2023 menerusi akaun Facebook serta Instagram organisasi itu.
Kali ini, penyertaan Filipina adalah di bawah kelolaan Pengarah Nasional baharu, Michael ‘Miki’ Antonio.
Disebabkan plot twist yang berlangsung sepanjang penganjuran Miss Planet International 2023 ini, ramai yang skeptikal mengenai kemenangan Filipina kelmarin biarpun penyokong dari negara itu tetap gembira meraikannya setelah wakil Filipina ke Miss Universe 2022, Celeste Cortesi gagal memperolehi kedudukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah Nasional Filipina Akhirnya Komen Tentang Kegagalan Celeste Cortesi Di Miss Universe 2022 – REMAJA
Apapun, Maria Luisa Varela tetap bergelar pemenang yang sah dan berjaya mengenepikan wakil Zibabwe, Jemima Mandemwa yang berpuas hati sebagai Naib Juara dan pemenang tempat ketiga, Ono Aya dari Jepun.
Melengkapkan kedudukan Top 5 ialah wakil Finland, Katarina Juselius dan wakil Latvia, Alina Safronova.
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa