Parlimen Israel meluluskan kerajaan campuran yang dibentuk oleh Perdana Menteri baru Naftali Bennett mengantikan era Netanyahu. Selepas 12 tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Israel dan berdepan tuduhan rasuah, era Benjamin Netanyahu akhirnya tamat pada Ahad yang lepas.

Tetap Sama Walaupun Era Netanyahu Tamat, Israel Kembali Serang Gaza

Namun tak sampai seminggu bertukar kerajaan, nampaknya Israel sekali lagi telah melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza awal pagi tadi walaupun masih dalam waktu genjatan senjata.

Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza telah mengumumkan gencatan senjata pada 21 Mei lalu dan sekali gus mengakhiri pertempuran ganas selama 11 hari itu.

Memetik laporan Harian Metro, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di timur bandar Gaza iaitu selatan Khan Younes.

Tetap Sama Walaupun Era Netanyahu Tamat, Israel Kembali Serang Gaza

Ads

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjelaskan serangan udara itu dibuat sebagai tindak balas selepas Israel dihujani belon api yang dikatakan dilepaskan dari Gaza.

IDF turut berkongsi video imej satelit mereka menerusi satu ciapan di laman Twitter menunjukkan sebuah bangunan di Gaza yang telah musnah dibom pesawat tentera Zionis.

 

Ads

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkata semuanya tetap sama walaupun Israel telah bertukar Perdana Menteri:

 

Ads

 

Di bawah Perjanjian Oslo 1995 antara Israel dan pihak berkuasa Palestin, Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dibahagikan kepada tiga bahagian – Kawasan A, B, dan C – dengan kawasan C di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Israel sehingga perjanjian akhir dengan Palestin dicapai.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI