“Tetaplah Menjadi Manusia Yang..” -Pesanan Amyra Rosli Buat Yang Bergelar Remaja

Share

Selari dengan perkembangan teknologi yang pesat masa kini, dengan adanya media sosial, ramai di antara anak muda yang dilihat ‘berlumba-lumba’ untuk menjadi seorang yang dikenali ramai.

Bagaimanapun, seiring dalam mengejar arus perkembangan teknologi sedia ada, remaja di luar sana haruslah tidak melupakan soal pelajaran agar menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, seperti mana diperkata oleh pelakon dan hos popular, Amyra Rosli.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu Banyak Yang Saya Belajar…” -Amyra Rosli Seronok Dalam Bidang Pengacaraan

“Apa yang saya boleh pesan buat remaja di luar sana adalah kita haruslah tetap menjadi seorang manusia yang berilmu pengetahuan.

“Kita semua sedia maklum zaman sekarang ini adalah zaman media sosial di mana apa sahaja anda boleh lakukan tiada siapa yang larang,” katanya kepada Remaja.

Selanjutnya, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menambah, selain pentingnya memiliki ilmu, percaya kepada diri adalah perkara penting yang harus ada dalam diri seorang yang bergelar remaja.

“Awak boleh menjadi popular dan jadi apa yang anda suka tetapi yang penting adalah ilmu pengetahuan itu.

“Jangan senang untuk terpedaya dan terpengaruh dengan orang lain. Awak perlu ada percaya kepada diri sendiri,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Amyra Rosli

Published by
Fath