TGV Beri ‘Refund’ Tiket Penonton Yang Terjejas Akibat Banjir

Share

Kawasan Lembah Klang antara lokasi yang terjejas teruk akibat hujan lebat beberapa hari lepas yang menyebabkan banjir di sekitr Selangor dan Kuala Lumpur.

Seperti yang tular sejak semalam, beberapa laluan trafik juga terhalang dan plaza tol ditutup ekoran banjir kilat yang melanda Lembah Klang. Keadaan ini membuatkan orang ramai terkandas dan perlu mencari laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Foto: Utusan

Perkara seperti ini memang tidak dapat dijangka dan ia menyebabkan beberapa perancangan tergendala.

Ini termasuklah perancangan orang ramai untuk ke pawagam berdekata dan menonton filem popular yang sedang ditayangkan iaitu Spider-Man: No Way Home. Seperti yang dijangka, ramai yang sudah menempah tiket untuk menonton pada hujung minggu ini setelah filem tersebut menemui Malaysia sejak awal minggu ini.

Foto: TGV Cinemas

Memahami situasi semasa ini, pihak TGV Cinemas mengumumkan bahawa penonton yang telah membeli tiket secara atas talian boleh menerima bayaran semula (refund) dan proses wang dikembalikan akan memakan masa lebih kurang 14 hari. Korang boleh hantarkan maklumat terperinci ke e-mel feedback@tgv.com.my.

Sekiranya lokasi korang terjejas dengan bencana banjir dan tidak dapat keluar rumah, bolehlah lakukan refund yang ditawarkan ini dengan segera ya.

Apa-apa pun, kami doakan agar individu yang terkesan dalam situasi banjir ini sentiasa dilindungi dan semoga air kembali surut. Stay safe everyone!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman