Thailand Bakal Terima Pelancong Dari Seluruh Dunia Untuk Rangsang Sektor Pelancongan

Share

Nampaknya negara jiran kita, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Menurut BERNAMA, timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata Jemaah Menteri hari ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari seluruh negara.

Mesti ada yang dah rindu pengalaman di floating market kan?

Sebelum ini, STV hanya diberikan kepada pelawat dari negara berisiko rendah COVID-19, namun bilangan pelancong yang diterima adalah rendah. Hanya 825 pelancong dari 29 negara dan enam kapal layer dari negara asing berlabuh di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, semua pelawat asing harus mematuhi peraturan STV termasuklah menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba.

Thailand juga terkenal dengan keindahan pulaunya
Makanan Thailand yang sememangnya dirindui oleh masyarakat Malaysia

Menerusi visa khas STV ini, pelancong asing boleh tinggal di Thailand sehingga sembilan bulan, namun perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif, selain memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah US$100,000 (RM407,100).

Wah, boleh tahan ketat juga syarat yang dikenakan. Nampaknya hanya individu yang betul-betul berkemampuan sahajalah yang mampu bercuti ke luar negara selepas ini. Hiks!

Sumber: BERNAMA

***

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

Published by
Noor Ain Norman