Setiap individu inginkan hari tua yang menenangkan selepas tempoh persaraan kerana inilah masanya untuk mereka berehat setelah sekian lama penat bekerja.
Thailand disifatkan antara ’25 tempat terbaik untuk bersara’ oleh penerbit International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan untuk 2022.
Negara tersebut menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9 meletakkannya di kedudukan teratas di Asia. Malaysia pula berada di kedudukan ke-15 dengan purata markah 72.
Costa Rica di tempat kedua, manakala Mexico ketika dan diikuti oleh Portugal, Colombia, Perancis, Malta, Sepanyol dan Uruguay.
Menurut International Living, negara itu disenaraikan berdasarkan skor yang diberi merangkumi 10 kategori termasuk kos sara hidup, perumahan, visa dan kediaman, pembangunan, penjagaan kesihatan, iklim, faedah istimewa dan tadbir urus.
Keputusan ini dibuat dengan menilai beberapa siri kriteria termasuklah kos sara hidup, pembelian dan pelaburan, penjagaan kesihatan, kesesuaian, faedah istimewa dan iklim. Ini adalah penilaian kualitatif berdasarkan data dunia sebenar yang dikumpul di lapangan.
Untuk makluman, International Living adalah penerbitan media cetak dan dalam talian yang menyediakan skop serta maklumat mengenai tempat terbaik di dunia untuk tinggal, bersara, mengembara dan melabur.
Pulau-pulau di Thailand pun memang cantik dan menenangkan kan? Maka, tidak hairanlah sekiranya negara ini tersenarai antara tempat terbaik untuk bersara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)