Negara Thailand secara rasminya telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) perkahwinan sejenis sekaligus menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan sesama jenis bagi komuniti lesbian, gay, biseksual, trasgender dan pelik (LGBTQ+).

Keputusan itu sekaligus menjadikan Thailand sebagai negara ketiga di benua Asia yang menghalalkan perkahwinan sejenis selepas Taiwan (2019) dan Nepal (2023).

RUU itu mencadangkan penukaran rujukan kepada lelaki, wanita, suami dan isteri dalam undang-undang perkahwinan kepada istilah ‘neutral jantina’

Ini bermakna Thailand bersetuju untuk memberikan hak sama rata kepada semua rakyatnya tanpa mengira orientasi seksual termasuklah dalam perihal perkahwinan, pengambilan anak angkat dan hak warisan seperti yang dinikmati oleh pasangan heteroseksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Asing ke Thailand Dinasihati Sediakan Bajet Minimum RM1,992 – REMAJA

IKLAN

Thailand Jadi Negara Pertama Di Asia Tenggara Iktiraf Perkahwinan Sejenis

Lapor AFP, Senat Thailand semalam memperolehi undian majoriti menyokong RUU tersebut dengan 130 senator mengundi sokongan mereka dan hanya empat ahli yang menentang.

IKLAN

RUU ini bagaimanapun masih memerlukan pengesahan Raja Thailand sebagai sebahagian daripada prosedur formal sebelum pengiktirafan berkenaan berkuat kuasa dalam tempoh 120 hari selepas ia diterbitkan dalam Warta Diraja.

Bercakap kepada pemberita di sana, pengasas organisasi bukan kerajaan Love Foundation iaitu Panyaphon Phiphakunarnon berkata RUU ini merupakan satu langkah ke hadapan untuk komuniti LGBTQ+ di Thailand.

IKLAN

Bagi mereka, ia bukan sahaja mengubah kehidupan pasangan di Thailand tanpa mengira orientasi seksual tetapi juga menjelmakan identiti masyarakat Thailand yang lebih adil dan saksama tanpa mengira lapisan.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin terdahulu lantang memberikan sokongan kepada komuniti LGBTQ+ dan berjanji untuk merealisasikan perubahan ini demi mengukuhkan struktur kekeluargaan di negara itu.

SUMBER: CNN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI