Thailand Kembali Benar Pelancong Malaysia Masuk & Melawat 17 ‘Zon Biru’

Share

Hooray!

 

Bermula 1 November lalu, destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia iaitu negara jiran utara; Thailand telahpun membuka semula sempadannya kepada para pelancong asing.

Selain pelancong Malaysia, pelancong negara lain yang dibenarkan untuk memasuki Thailand kini termasuklah dalam kelompk 63 buah negara seperti Amerika Syarikat, Saudi Arabia, India, Perancis, China, Hong Kong, United Kingdom, Kanada, Australia, Singapura, Kemboja, Jepun New Zealand, kebanyakan negara-negara di Eropah dan lain-lain negara yang terpilih oleh kerajaan Thai sendiri.

Bagaimanapun, tak semua lokasi di Thailand dibuka kepada kita ya!

Thailand telah memberi kebenaran berada di 17 ‘Zon Biru’ /17 daerah yang juga dipanggil sebagai destinasi ‘Sandbox’ untuk tempoh tujuh hari pertama perjalanan korang di sana. Selepas itu, barulah pelancong dibenarkan untuk mengembara ke lokasi lain.

Program ‘Zon Biru’ ini adalah sebahagian daripada program ‘Test & Go’ yang diperkenalkan oleh mereka bagi menggalakkan pelancong asing memeriahkan kembali sektor ekonomi pelancongan di sana.

Walaupun hanya tertakluk kepada 17 ‘Zon Biru’ saja, janganlah risau kerana ia merangkumi banyak destinasi popular yang selalu dikunjungi pelancong di Thailand. So, you will not miss too many things and spots while you are there.

Antaranya termasuklah :

 

Chiang Mai

Sumber Foto : Big Seven Travel

Rayong

Samut Prakan (yang menempatkan Lapangan Terbang Suvarnabhumi)

Bangkok

Sumber Foto : Tatler Asia

Sangklaburi (Utara-barat dari Bangkok)

Sukhothai & Ayutthaya

Sumber Foto : This Island Life

Chon Buri (termasuklah Banglamung, Pattaya, Si Racha, Ko Si Chang dan Sattahip)

Sumber Foto : Getty Images

Surat Thani

Prachuap, Khiri Khan (tepi pantai)

Kepulauan Phuket

Sumber Foto : Daily Advent

Kepulauan Krabi

Samui

Taman Negara Khao Yai

Sumber Foto : Remote Islands
Sumber Foto : Bangkok Post

Hua Pin

Ingat, ini hanyalah sebahagian daripada lokasi tersebut.

*

Bagi program 17 Zon Biru ini, pelancong tidak diwajibkan untuk melalui tempoh kuarantin pun. CUMA, mereka perlulah

  1. Berusia 12 tahun dan ke atas.

2. Mempunyai bukti telah menerima vaksinasi lengkap (dua dos vaksin yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia atau oleh kerajaan Thailand. Ini termasuklah vaksin yang diterima oleh rakyat Malaysia seperti Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson, Sinovac dan Moderna.)

3. Bagi yang belum divaksinasi atau belum melengkapkan vaksinasi, mereka MASIH dibenarkan memasuki Thailand. Namun mereka diwajibkan kuarantin di lokasi penginapan terpilih selama 10 hari selepas tiba di Thailand.

4. Bermula 1 November lalu, pelancong wajib memohon Thailand Pass yang akan memberikan mereka kod QR bagi memasuki negara tersebut.

5. Mengambil ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum menaiki penerbangan dari negara asal dan ujian tersebut perlulah disahkan negatif. Menurut laporan, pelancong juga perlu memiliki insurans kesihatan sah yang bernilai sekurang-kurangnya USD50,000.

6. Bukti telahpun membuat pembayaran di lokasi penginapan yang ada dalam senarai yang disahkan oleh Thailand. Sekurang-kurangnya, korang telah membuat pembayaran untuk tidur semalam di situ. Kos pembayaran itu dilaporkan termasuk kos ujian PCR yang perlu korang lakukan sebaik saja tiba di Thailand dan kos ujian RPT yang perlu dilakukan pada hari keenam atau ketujuh selepas ketibaan di Thailand. Jika korang mempunyai simptom yang berkait rapat dengan wabak COVID-19 sepanjang 6-7 hari tersebut, korang juga perlu melakukan ujian RPT.

7. Korang perlulah memuat turun aplikasi MorChana untuk merekodkan keputusan ujian RPT pada hari keenam dan ketujuh.

*

Apabila berada di sana, apakah antara peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelancong seperti yang dikenakan ke atas rakyat? Well, ia tidaklah banyak berbeza daripada prosedur operasii standard (SOP) yang ditetapkan di Malaysia.

Rutin norma baharu seperti tiada pengumpulan orang ramai melebihi 500 orang di satu-satu tempat dan penutupan lokasi hiburan seperti pub, bar dan pusat karaoke masih dikekalkan. Semua dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa dan menjaga penjarakan sosial.

*

Buat masa ini, AirAsia Malaysia telahpun mengesahkan akan menyambung semula operasi penerbangannya antara Kuala Lumpur-Thailand bermula 5 November ini setelah Thailand kembali membuka sempadan kepada pelancong asing tanpa keperluan kuarantin. AirAsia menawarkan empat penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan Phuket.

Malah sempena program Phuket Sandbox, AirAsia kini menawarkan tempahan penerbangan ke Bangkok dan Phuket daripada harga serendah RM50 sehala dari 1 hingga 7 November ini. Tempahan terbabit adalah bagi penerbangan dari 5 November 2021 hingga 28 Februari 2022 menerusi ikon ‘Flights’ di aplikasi AirAsia Super App.

Selain AirAsia, Malaysia Airlines dan Malindo Air juga dilihat kembali menawarkan penerbangan ke Bangkok sekarang.

*

Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Thailand? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu?

Published by
FZ