“Thanks To The Viral Power”, Remaja Panjat & Tidur Atas Pokok Demi Exam Online Dapat Perhatian Istana

Share

Dimana ada kemahuan disitu  ada jalan.

Tiada yang mustahil asal ingin berusaha seperti dibuktikan oleh seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Vebeonah Mosibin, 19 yang perlu memanjat dan tidur di atas pokok semata-mata untuk mendapat liputan internet untuk menjawap exam onlinenya.

Kegigihan pelajar ini akhirnya berbayar apabila mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar dan pihak istana Sabah.

Yayasan itu memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, di Kota Kinabalu.

Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.


Veveonah Mosibin, memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).

Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang ‘kuat’ sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.

Remaja yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, ini tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata positif dan bangga dengan langkah bijak gadis ini mengunakan ‘medium’ yang betul meluahkan masalah yang dihadapi rakyat Sabah.


Sementara itu, Veveonah juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Hebat betul kuasa viral masa kini kan, tapi jangan pula korang gunakan medium ‘viral’ ini untuk benda yang tak elok.

Sumber : Twitter Jbanatan Penerangan Negeri Sabah & Mstar

Published by
Ruziana Zainal