“That’s It. Saya Nak Berhenti Menyanyi” – Nyanyian Lelaki Ini Bikin Naim Daniel Kelu Seribu Bahasa?

Share

Siapa sangka suara sumbang juga boleh menjadi faktor seseorang itu untuk terkenal? Haaa…itulah apa yang berlaku kepada lelaki muda ini apabila dia menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sia-Sia Menyanyi ‘Terbalik’, Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records

Video klip ringkas itu menyaksikan lelaki yang digelar penyanyi misteri nombor 2 sedang menyanyikan lagu Sembah, nyanyian asal Naim Daniel kepada para penonton. Lebih menghiburkan lagi apabila identiti lelaki itu rupanya adalah seorang penyamar maka nyanyian yang sepatutnya merdu bertukar menjadi mimpi ngeri.


Respon dari warganet yang menyaksikan video klip tular itu juga menghiburkan apabila ramai mengatakan lagu tersebut telah ‘rosak’ dek kerana nyanyian lelaki misteri tersebut.

Bahkan video itu berjaya menangkap perhatian penyanyi asal sendiri yang berseloroh bahawa dirinya akan berhenti menyanyi dek kerana nyanyian sumbang peserta tersebut.

“That’s it. Saya nak berhenti menyanyi,” seloroh finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 tersebut di laman Twitternya semalam.


Peminat komposer tersebut turut mengakui bahawa pada awalnya mereka terkejut apabila penyanyi itu memberi komen sebegitu rupa berkaitan kareernya. Namun setelah diselidik dengan lebih mendalam, mereka sedar bahawa kenyataan dari Naim hanya sekadar gurauan.

Persembahan Naim yang menarik perhatian orang ramai di AJL yang lepas.

Menjenguk ke ruangan komen juga, rata-rata turut terhibur dengan klip pendek tersebut.

“Aku sampai tak boleh tahu dah lagu original dia mcm mana, member tukar habis,” komen seorang warganet.

“Tiba keluar notifikasi kau nak berhenti menyanyi. Naim Naim. Buat suspen sahaja,” seloroh peminatnya.

“Okay lah tu, abang ini boleh ganti tempat Naim,” gurau warganet lain.

BACA LAGI: Hanya Berlabuh Di Singapura, Konsert Taylor Swift Buat Peminat Sekitar Asia Tenggara Tak Senang Duduk

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Naim Daniel

 

Published by
Adriana Syaurah