Baru semalam kami war-warkan tentang promosi yang dibuat oleh Chatime dengan memberikan potongan harga kepada golongan wanita, kali ini satu lagi jenama minuman bubble tea yang menjadi pilihan anak muda, The Alley turut menawarkan harga istimewa yang berbaloi-baloi.
Bermula 22 Februari lalu, The Alley menawarkan tawaran istimewa Combo 1: RM20 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Milk & Brown Sugar Deerioca Dark Chocolate dan Combo 2: RM22 untuk minuman Brown Sugar Deerioca Matcha Latte & Brown Sugar Creme Brûlée Milk.
Promosi ini akan berlangsung sehingga 28 Februari nanti di seluruh cawangan The Alley. So guys, masih ada masih lagi untuk korang ‘serang’ The Alley untuk mendapatkan harga istimewa ini.
Pembelian tertakluk kepada terma dan syarat.
Sunway Lagoon Bawa Pengunjung Rasai Pengalaman Hollywood Dalam Sharknado Alive!
Filem berunsur haiwan ganas sememangnya menjadi pilihan kebanyakan daripada masyarakat kita. Kita yang dalam panggung wayang pun dah tak tentu arah, bayangkan macam mana pula jika situasi seperti itu benar-benar berlaku?
Ada satu siri filem komedi seram yang kami nak cadangkan untuk korang tonton iaitu Sharknado. Filem ini sudah mempunyai 6 siri termasuklah Sharknado, Sharknado 2: The Second One, Sharknado 3: Oh Hell No!, Sharknado: The 4th Awakens, Sharknado 5: Global Swarming dan The Last Sharknado: It’s About Time.
Jika ada yang pernah menonton filem ini, ia mengisahkan tentang puting beliung besar yang membawa banyak jerung dari lautan menuju ke tengah kota. Bayangkan kemana-mana korang pergi, dipenuhi dengan ikan jerung. Uish, seram!
Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman bersama ikan jerung, Sunway Lagoon kini memberi peluang untuk pengunjung menikmati Sharknado Alive! di Scream Park taman tema tersebut.
Ini merupakan satu kolaborasi hebat bersama Lynton V Harris & The Sudden Impact! Entertainment Company membawa set penggambaran Hollywood ke Malaysia sebagai tarikan terbaru di Sunway Lagoon.
Bermula dari 10 Ogos 2019 dari jam 11 pagi hingga 6 petang, Sunway Lagoon Sharknado Alive menawarkan harga tiket dengan harga RM202 bagi pengunjung yang berusia 13 tahun ke atas, manakala RM170 bagi pengunjung yang berumur bawah 12 tahun.
Jangan risau, harga tiket tu termasuk dengan water theme park sekali. Jadi kira macam sambil menyelam minum air la. Dah try Sharknado Alive! nanti terus boleh sambung bersuka ria di Sunway Lagoon. Hiks!
7 Petugas Istana Negara Positif COVID-19, Agong & Permaisuri Jalani Saringan & Disahkan Negatif
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Fadil berkata, sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan.”
Bersempena sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataan beliau berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Sumber: BERNAMA
TQ YB! Dewan Rakyat Bahas Usul Denda RM1000 Tak Pakai Pelitup Muka, Dilihat Tinggi & Bebankan Rakyat
Terima kasih YB kerana mendengar keluhan rakyat. Ya Yang Berhormat sebeginilah yang kita nanti dan tungu untuk menjadi suara rakyat di dalam dewan yang mulia.
Bagi rakyat berpendapatan rendah dan andai menerima denda RM1k jika tidak memakai pelitup muka di tempat sesak, ia satu bebanan untuk melunaskan dendanya. Malah pernah tular seorang remaja yang menurunkan pelitup mukanya seketika kerana mahu mencari udara segar namun malangnya dia disaman kerana berada di stesen komuter yang di kategorikan sebagai tempat awam dan sesak.
DEWAN Rakyat menerima usul bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat sesak.
Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) membentangkan usul itu mengikut Peraturan 18(1) selepas mengemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Khamis lalu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, usul diterima Dewan Rakyat untuk dibahaskan selepas memenuhi tiga syarat utama kerana bersifat tertentu, membabitkan kepentingan orang ramai dan berkehendakkan ia disegerakan.
"Saya sudah meneliti dan mendapati perkara ini tertentu, membabitkan keputusan orang ramai dan berkehendakkan disegerakan, perkara ini perlu disegerakan.
"Saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 16(6) dan usul ini akan dibahaskan pada hari ini pada 2.30 petang di Kamar Khas," katanya di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum itu, Yii ketika membentangkan usul itu memaklumkan denda RM1,000 dikenakan adalah tinggi dan membebankan terutama bagi rakyat tidak berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar.
Menurutnya, terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai definisi tempat sesak selain penguatkuasaan tidak tentu serta hukuman denda berat kepada golongan kurang berkemampuan terutama B40.
"Usaha ini membabitkan kepentingan orang ramai dan polisi mandatori ini memberikan kesan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama miskin dan kaya.
"Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meminda akta berkenaan dan menurunkan denda RM1,000 khususnya bagi kesalahan tidak memakai pelitup mula di tempat sesak," katanya. Sumber : Harian Metro