Filem lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhrie Alaudin aka Iedil Putra, The Assistant telah disenarai pendek dalam Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan juga dijadualkan mengadakan tayangan perdana di Itali tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne berkata dia benar-benar teruja apabila mengetahui filem The Assistant telah disenarai pendek dan bakal mengadakan tayangan perdana di sana.
Pengarah filem ini, Adrian Teh turut meluahkan rasa bangga kerana ini merupakan satu pengiktirafan terhadap hasil kerja mereka.
Ads
Beliau juga berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan serta tidak sabar untuk menantikan tayangan perdana filem itu.
The Assistant menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen). Filem aksi tempatan ini adalah kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures yang diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh.
Hairul Azreen turut memuat naik berita gembira ini di laman instagram dan rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Tahniah diucapkan kepada semua team produksi dan semoga dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend novel di Malaysia yang diadaptasi untuk menjadi drama mahupun filem adalah perkara biasa yang dilakukan oleh produser. Namun jika dibandingkan dengan projek drama yang lain, ada sesuatu yang penulis rasakan berbeza tentang drama ‘Gantung The Series’ (Gantung) terbitan Red Communications.
Novel Gantung nukilan Nadia Khan yang diterbitkan oleh FIXI ini sememangnya merupakan antara naskah terbitan syarikat itu yang paling laris di pasaran. Menjadi naskah kedua yang dihantar oleh Nadia untuk diterbitkan, ia berkaitan rapat dengan geng Musketeer Code berusia 17 tahun yang terdiri daripada Gibbs, Ray, Khairy Jalaluddin (KJ) dan Troll.
Empat sekawan yang berperwatakan sosial di sekolah elit, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang menjadi antara faktor yang menangkap perhatian pembaca untuk terus menghabiskan novel tersebut dalam waktu yang singkat (rekod penulis: 4 jam. Korang macam mana?).
Perwatakan mereka yang berlainan walaupun sama-sama ‘masuk air’ juga menjadikan Gantung mudah untuk diterima oleh pembaca remaja.
Tiada apa yang diminta oleh watak utama, Gibss dan Ray. Masing-masing inginkan kebahagian dalam hidup masing-masing. Walaupun mereka berdua sangat rapat sebagai sahabat (atau lebih daripada itu, eh!), namun minat dan citarasa mereka nyata berbeza dari banyak aspek.
Hanya Untuk Tontonan Di Indonesia?
Penulis tak nak cerita panjang lebar mengenai jalan cerita novel tersebut disini, takut ter-spoiler alert pula. Apa yang nak diceritakan ialah bagaimana Gantung The Series yang dijayakan oleh Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam dan Brandon Salim itu sudah menemui peminat di Indonesia? Waima di Malaysia, it is still not available.
Drama siri 16 episod itu hanya boleh ditonton melalui aplikasi Tribe di Indonesia dan sebelum korang sempat tanya, jawapannya adalah: No, Tribe tidak boleh diakses atau dimuat naik di Malaysia. Bummer.
Gantung The Series baru saja memasuki episod keempat pada hari ini dan setiap episod berdurasi lebih kurang selama 20 minit. Kira ngam la tu, tak panjang sangat sehingga meleret dan tidak pendek sangat sehingga membuat penonton tidak puas hati.
Selepas hampir dua tahun menunggu, peminat novel Gantung di Malaysia akhirnya meraikan kehadiran siri itu di media sosial. Kebanyakan daripada mereka (termasuk penulis) tidak putus-putus me-retweet posting berkenaan dengan Gantung. Malah, penulisnya Nadia Khan juga kerap melayan peminat Gantung terutamanya di Twitter melalui perkongsian ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan’-nya.
“Saya memang dari dulu suka menulis cerita tentang sebuah kolektif. Sekumpulan kawan-kawan yang berbeza personaliti tetapi akrab. The characters drew the readers in more than anything else, I think,” katanya mengenai inspirasi di sebalik novel laris ini.
Kalau dilihat pada thread Nadia Khan di Twitter, ramai yang mempersoalkan bilakah siri tersebut akan menemui penonton di Malaysia. Malah, ada juga yang mengatakan, “To postpone the series for Malaysian audience is a grave error.”
Haih, marah sangat tu abang.
Penulis percaya ramai yang akan setia menanti bila ia dipertontonkan di Malaysia. Bila ditanya bilakah tarikh sebenar kepada Nadia, she just tweeted back, “Hopefully very soon! Malaysia has not released a date yet. As soon as I know, will definitely share.”
Terpaksa tunggu je lah. Harap-harap tak banyaklah sangat adegan yang dipotong apabila masuk ke Malaysia. Tapi entahlah, tayangan di Indonesia pun sudah ada yang dipotong, kalau yang di Malaysia nanti..hhm. Fingers crossed!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai ramai kawan memang menyeronokkan kerana kita bukan sahaja boleh melihat kepelbagaian ragam perangai kawan kita tetapi selain daripada itu, daripada berkawan juga kita boleh membuat ‘networking’ untuk melakukan banyak hal terutamanya dalam hal pekerjaan.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan persahabatan di antara lelaki dan perempuan?
Terbaru, pelakon drama Korea ‘Love Next Door’, Jung Hae In, Jung So Min dan Kim Ji Eun telah pun tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Youtube ‘Salon Drip 2’.
Melalui episod terbaru rancangan itu, selain tujuan mempromosi drama terbaru mereka, pengacara Jeon Do Yeon bertanya dan meminta pendapat kedua pelakon berkenaan mengenai sama ada lelaki dan perempuan boleh berkawan atau pun tidak.
Menurut dua pelakon wanita drama ‘Love Next Door’, Jung So Min dan Kim Ji Eun, mereka berpendapat bahawa persahabatan lain jantina adalah normal dan boleh berkawan sama seperti hubungan bersahabat sesama jantina.
Walau bagaimanapun, berbeza buat Jung Hae In yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan atas beberapa alasan.
“Ia adalah sesuatu yang mustahil. Dalam persahabatan berlainan jantina, kedua-duanya mesti akan suka antara satu sama lain.”
“Saya hanya ada kenalan dan juga rakan sekerja yang perempuan. Kalau awak tiba-tiba suka pada satu sama lain dan kemudian berpisah, mereka tak boleh berkawan dah.”
“Jadi, saya rasa nanti akan sangat susah untuk mereka kekal sebagai kawan je,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, So Min juga turut menambah ‘Fun Fact’ bahawa Hae In memang tidak mempunyai kawan perempuan dalam hidupnya selain rakan sekerja.
Sekadar info, Jung Hae In memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2013. Antara drama terkenal yang dilakonkan oleh Hae In adalah menerusi D.P, D.P 2, Connect, Snowdrop, While You Were Sleeping dan Prison Playbook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...