Big Trip mengisahkan tentang seekor burung upeh yang membuat kesilapan menghantar anak panda ke tempat yang salah. Bagi memperbaiki kesilapan tersebut, Mic Mic (beruang) dan Oscar (arnab) berusaha untuk menghantar semula anak panda itu ke tempat asalnya di China.
Maka, bermulalah penggembaraan mereka yang dipenuhi dengan cabaran dan pelbagai rintangan untuk sampai ke destinasi. Dalam perjalanan ke sana, Mic Mic dan Oscar bertemu dengan rakan-rakan baru seperti seekor bangau yang cerewet, harimau romantis dan serigala pengecut. Penggembaraan mereka menjadi lebih menarik dengan kehadiran sekumpulan haiwan.
Haiwan pun tahu bekerjasama
Satu mesej yang paling jelas boleh kami lihat dalam filem ini adalah sifat berkerjasama yang terjalin di antara sekumpulan haiwan tersebut. Walaupun mereka bukan berasal daripada spesis yang sama, tetapi kerana misi menghantar semula anak panda kepada ibu bapanya, mereka berlima sedaya upaya berusaha untuk memastikan anak panda tersebut selamat pulang ke pangkuan keluarganya.
Jalan cerita yang bermula agak perlahan, namun diakhirnya korang akan dapat merasai kasih sayang yang ditunjukkan daripada kisah sekumpulan haiwan ini.
Sebak pula rasa bila haiwan pun saling bekerjasama dan penuh dengan rasa kasih sayang. Hiks!
Sebenarnya ada banyak lagi halangan yang mereka tempuhi sepanjang perjalanan ke China, jadi korang kena saksikan sendiri di pawagam tanah air bermula 6 Mei nanti.
Happy watching guys!