Siapa je peminat fesyen yang tak pernah tonton filem The Devil Wears Prada?
Setelah mendapatkan kejayaan hebat dari segi respon penonton, filem yang diadaptasi daripada novel nukilan Anna D. Shapira itu kini bakal diangkat sebagai projek teater muzikal di Chicago, Amerika Syarikat.
Menurut Chicago Tribune, ia akan dipentaskan pada musim panas 2020 di Teater James M. Nederlander dan akan ditulis bersama oleh Anna dan – wait for it
– Elton John!Untuk pengetahuan, Elton juga terkenal sebagai komposer untuk beberapa persembahan teater antarabangsa seperti The Lion King dan Billy Elliot. Cuma satu je yang membuatkan kami tertanya-tanya, mengapa memilih Chicago dan bukannya di Broadway, New York?
Secara logiknya, produser muzikal ini iaitu Kevin McCollum pasti akan memilik tayangan pertama di New York sebagai tanda penghargaan kepada kota fesyen itu yang menjadi lokasi utama filem The Devil Wears Prada..
“Anna yang meminta kami untuk menayangkannya terlebih dahulu di Chicago..”
Ouh okay.
Penulis sendiri tak sabar untuk menantikan klip daripada teater muzikal ini di YouTube. The Devil Wears Prada menemui penonton pada tahun 2006 dan dilakonkan oleh Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt.
Ia menceritakan tentang bagaimana Andy (Anne) bergelut untuk mengekalkan kerjanya sebagai pembantu Editor majalah fesyen, Runway iaitu Miranda Priestly walaupun Miranda terkenal dengan sikapnya sebagai bos ‘Dragon Lady’.
Mengenai siapakah pelakon yang akan memainkan ketiga-tiga watak tersebut, produksi masih belum melakukan sesi ujibakat dan tarikh ujibakat juga masih belum ditentukan.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!