“The End..” -Rumah Tangga Sharifah Sakinah Dan Suami Sudah Berakhir?

Share

Baru-baru ini, hantaran di laman Instagram Sharifah Sakinah telah mengejut netizen dan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai status perkahwinannya yang sudah berakhir. Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu berkongsi fotonya bersama suami, Michael Hansen yang duduk bersebelahan di dalam kereta.

Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, telah menulis di ruangan kapsyen bahawa dia dan juga suaminya, Michael mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, sekali gus tidak boleh menjadi pasangan lagi.

We have different opinions, belief systems, perspective and ideology, that’s why we can’t be partners anymore. The end” (Kami memiliki perbezaan pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itulah kami tidak boleh bersama lagi. Tamat) tulisnya.

Tambahan lagi, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu juga telah menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Michael Hensen yang berumur 42 tahun dan Sharifah Sakinah telah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

Terdahulu, pelakon sensasi ini pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada tahun 2015 dan telah berpisah pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berumur 5 tahun.

BACA LAGI: Sharifah Amani & Tiz Zaqyah Pula Bincang Isu Bayaran ‘Instagram Post’ Secara Terbuka

Pelakon ini bertindak untuk menutup ruangan komen mungkin disebabkan tidak mahu menjawab apa-apa persoalan dan inginkan ketenangan. Apa-apa pun, min doakan yang baik-baik sahaja buat pelakon ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Adakah Kamu Layak Dapatkan Peluang Kedua Dalam Hubungan? Mungkin.. Jika 5 Perkara Ini Terjadi

Sumber:(1)

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Suyaa