The Invisible Man Penuh Babak Suspen, Bakal Buat Korang Tutup Mata Dalam Panggung

Share

Filem seram terbitan Universal Pictures dan Blumhouse Productions, The Invisible Man telah pun diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’ kerana mempunyai beberapa babak ganas yang melibatkan pertumpahan darah dan keganasan.

Ha, mesti korang dah dapat agak macam mana ‘thriller’nya filem ni kan?

The Invisible Man menceritakan tentang Cecilia Kass yang menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak, tetapi suka mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia dibantu adiknya serta rakan mereka sejak kecil, James untuk mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya, Adrian. Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia.

Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.

Filem yang berdurasi 2 jam 5 minit ini bakal membuatkan korang penuh rasa suspens sambil tutup mata. Hiks! Jalan cerita yang agak perlahan di permulaan filem, namun Elisabeth Moss mampu membawakan watak Cecilia Kass dengan baik kerana penonton merasa debarannya apabila melihat emosinya yang fobia dengan teman lelaki sendiri. Lakonan psychonya memang menjadi.

Sesekali, korang akan menjerit terkejut dengan elemen ‘surprise’ yang ada dalam filem ini. Plot twist di pengakhiran cerita juga agak menarik dan bagi sesiapa yang ingin menonton The Invisible Man, mungkin korang kena lebih banyak berfikir untuk memahami jalan ceritanya.

Nak tahu sama ada Cecilia itu sebenarnya memang psycho atau tidak, jangan lupa saksikan filem ini yang bakal ditayangkan pada 5 Mac 2020.

Published by
Noor Ain Norman