The Penthouse 3 Khabarnya Bakal Tambah 1 Lagi Episod, Namun Penonton Mula Muak?

Share

Siri drama Korea popular, The Penthouse 3 yang mempunyai 12 episod khabarnya bakal menambah satu lagi episod menjadikannya 13 episod secara keseluruhan.

Baru-baru ini, OSEN melaporkan bahawa tenaga produksi dan pelakon utama siri tersebut sedang dalam perbincangan kemungkinan akan menambah lagi satu episode tambahan. Para pelakon sebelum ini telah menandatangani kontrak untuk membintangi 12 episod ‘The Penthouse 3’.

Sumber daripada pihak penyiaran memberitahu OSEN bahawa mereka mendengar khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk memanjangkan siri 12 episod itu menjadi 13 episod, namun masih lagi dibincangkan dan pihak mereka masih lagi tidak tahu tentang pengakhiran The Penthouse 3 setakat ini.

Foto: Viu

Namun, sumber daripada drama tersebut menjelaskan kepada MyDaily, tidak ada kata putus tentang episode tambahan yang menjadikan drama 12 episod itu kepada 13 episod.

Sebelum ini, musim pertama dan kedua Penthouse dipanjangkan dengan episode tambahan masing-masing menjadi 21 episod dan 13 episod.

Menurut OSEN lagi, pelakon dan tenaga produksi drama ini hampir selesai dengan penggambaran episod 7.

Foto: MyDramaList

Siri ‘berhantu’ ini ditayangkan setiap hari Jumaat jam 10 malam di Korea dan di Malaysia pula tayangannya adalah pada hari Sabtu. Setakat ini The Penthouse telah bersiaran sebanyak lima episode.

Namun, berita penambahan episod untuk siri ini nampaknya mendapat rungutan daripada penonton kerana mereka sudah mula ‘muak’ dengan plot twist yang dipaparkan untuk musim ketiga ini.

Malah, penonton di Malaysia juga seakan sama merasakan bahawa musim ketiga siri ini semakin ‘mengarut’ dan membosankan.

Apa-apa pun setiap orang punya pendapat masing-masing kan. What say you gaiss?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman