Dengan hanya berbaki satu episod sahaja lagi, drama ‘berhantu’ The Penthouse bakal melabuhkan tirainya pada malam ini di siaran waktu Korea Selatan.
Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan drama bersiri ini bakal disambung pada musim keempat nanti. Biar betul?
Rasanya ramai yang sudah cukup ‘sengsara’ menantikan pengakhiran musim ketiga ini, tup tup dengarnya ada musim empat pula.
Nah, kita tunggu sahaja nanti sama ada khabar angin ini benar atau tidak.
Ads
Walaupun di dalam drama ini kebanyakan watak yang dimainkan berseteru di antara satu sama lain, namun disebalik tabir pembikinan k-drama ini, mereka sangat akrab dan menjalinkan hubungan baik sesama pelakon.
Sempena episod akhir The Penthouse 3, banyak foto disebalik tabir (BTS) yang sempat dirakamkan untuk kenangan buat penonton setia siri ini.
Ads
Jom kita lihat antara momen-momen disebalik tabir sepanjang penggambaran The Penthouse 3 dijalankan.
Ads
Episod terakhir The Penthouse bakal bersiaran pada pukul 10.10 malam ini waktu Korea Selatan dan untuk siaran di Malaysia pula, pada pukul 9.35 malam esok di saluran Astro ONE HD.
Tak sabar rasanya nak menonton kesudahan drama ini. Jangan ada yang mati hidup balik sudahlah ya. Hiks!
Tiga kali gagal dalam perkahwinan tidak menghalang penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah untuk kembali berumah tangga dan mengecapi kebahagiaan. Pada 1 April 2017, penyanyi lagu Seniman Menangis ini mengahwini wanita pilihannya, Datin Zai Izzati Khiruddin dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata.
Baru-baru ini, penyanyi tersebut melaporkan bahawa isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin telah dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi selepas ini.
Jamal mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979.
Tambah penyanyi Derita Cinta itu lagi, ia disebabkan isterinya sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan keempat-empat cahaya mata mereka.
“Alhamdulillah, dah empat orang (anak) cukup lah. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik,” ujarnya menerusi Awani.
Pada 1 April 2017, beliau telah berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin.
Sebelum itu, bintang terkenal itu telah pun memaklumkan bahawa isterinya akan melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan pada 14 April ini.
Sekadar info, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka memiliki tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tak kena dengan pelakon dan penyanyi Que Haidar, kehandalan beliau membawakan sesuatu watak memang tidak boleh disangkal lagi. Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.
Menjadi salah seorang juri di ujibakat Hero Remaja 2021, memberi peluang penulis untuk mendekati anak seni yang hebat ini.
” Platform Hero Remaja itu dah ada. Ruang dan peluang dah tersedia, tunggu tinggal macam mana kita nak grab. dan seandainya terpilih jangan selesa. Kalau betul-betul nak ada dalam industri, tunjukkan yang kita nak dalam industri.”
Menurut insan seni yang telah menerima pelbagai anugerah berprestij ini, di zaman media sosial, semua orang terutamanya selebriti sering dijadikan tumpuan untuk hentaman, kecaman, pujian dan semuanya ada dihujung jari. Jadi industri kita senang dipandang rendah disebabkan sedikit kesilapan dan lambakan pendatang baru.
Menurut Que lagi, bukan beliau tidak mengalu-alukan pendatang baru tapi dengan niat yang betul. Boleh cari rezeki dengan lakonan tapi bagaimana kita bertanggungjawab dan pikul sebagai pelakon dan selebriti.
“Punya tanggung jawab yang besar untuk kerja kita satu hal, bagaimana kita portray diri kita di public. Macam apa-apa yang kita tulis, apa-apa yang kita post semua benda itu diambil kira. Supaya masyarakat tidak memandang hina dekat industri kita.
Semenjak dua menjak ini, macam-macam dan kenyataan yang dari public figure, selebriti yang membuatkan masyarakat marah.Tanggungjawabnya, bukan kita nak suruh kita jadi hipokrit tapi kalau kita tunjukkan teladan, tunjukkan benda-benda baik kerana masyarakat agak sanjung tinggi dengan orang-orang seni. Hal ini juga kerana orang seni merupakan suara masyarakat. Tapi disebabkan kurang benda-benda ini dan hanya hiburan semata, menyebabkan industri seni ini dipandang rendah.
“Ibarat bila kita dalam sebuah kapal, bila kapal itu bocor. Ditanya khalayak, siapa yang patut dibuang dulu, orang seni lah yang patut dibuang dulu”.
Ditanya mengenai isu pelakon instant atau selebriti instant
Que Haidar berkata, dia tidak menidakkan rezeki orang yang Allah bagi tapi bagaimana kita gunakan platform itu sebaik mungkin.
“Tidak semestinya datang shooting on time itu sudah cukup. Tidak! Kena pergi kelas lakonan dan macam-macam yang perlu dijaga supaya tidak dihina. Jangan stop belajar dan sentiasa berubah untuk sesuatu yang baik!”, katanya lagi.
Saya tahu dorang muda, saya pun pernah melalui masa muda saya tapi muda is muda tapi bila kau decide untuk masuk ke bidang seni kena sedia mengalas segala tanggung jawab sebagai anak seni.Rasa hormat kepada diri sendiri, rasa hormat kepada kerja seni dan kerja, pada masyarakat pada rakan-rakan seni itu semua kena diambil kira.
Jadi nasihat saya yang terakhir, jadi contoh baik jadi orang yang baik.”, akhiri beliau.
Untuk pengetahun semua, ujibakat Hero Remaja 2021 masih lagi dibuka dan berlangsung sampai 4 petang ini. So jom jom la try nasib. Mana tahu korang Hero Remaja yang kami cari.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan kisah bekas ahli tentera Inggeris yang satu ketika dahulu pernah berkuasa di Sawarak ini.
Nama Sir James Brooke selalu disebut-sebut dalam halaman buku teks subjek Sejarah di sekolah menengah. Ada sebab mengapa beliau merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama dan mencipta satu dinasti pemerintahan oleh keluarga barat di negeri Sawarak.
Pada asalnya, Sarawak ialah sebuah tanah jajahan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kesultanan Brunei. Tetapi James Brooke lah yang menerima tanah dan menjadikan Sarawak seluas sekarang.
Menariknya, team produksi di Hollywood kini sedang merancang untuk melancarkan sebuah filem mengenai beliau dengan judul Rajah.
Filem tersebut dilaporkan akan menelan belanja kira-kira RM48 juta dan akan diarahkan oleh calon pengarah terbaik Anugerah Akademi, Michael Haussman serta diterbitkan oleh Rob Allyn.
Bukan itu saja, pelakon Inggeris berbakat, Jonathan Rhys Meyers (Bend It Like Beckham, Mission Impossible III) juga dikhabarkan bakal membawa watak James Brooke.
Manakala Dominic Monaghan (Lord of the Rings) akan melakonkan watak Colonel Arthur Crookshank yang merupakan saudara kepada James dan rakan sepasukan beliau.
Selain itu, beberapa pelakon tempatan yang dijangkakan akan terlibat dalam projek ini ialah Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Datuk Rahim Razali.
Filem Rajah ini bakal memulakan penggambaran pada akhir September ini. Sebelum ini, terdapat beberapa filem Hollywood yang memetik kisah yang berlaku di Malaysia. Antaranya termasuklah The Sleeping Dictionary (2003) dan Anna and the King (1999).
Industri seni negara juga pernah mengeluarkan filem bersejarah seperti Ola Bola, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera dan Hanyut (2016).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...