Penyanyi rap dan anggota kumpulan terkenal BTS, RM baru-baru ini diumumkan terpilih sebagai salah satu daripada ‘Male Role Models’ oleh The Pixel Project bersempena kempen ’16 For 16′ dalam menghentikan kekerasan terhadap wanita.
The Pixel Project telah memberikan penghargaan ini kepada RM atau nama sebenar Kim Namjoon (30) kerana usaha beliau secara terbuka menyuarakan tentang kajian dan pemahaman mengenai feminisme, walaupun populasi lelaki di Korea Selatan terkenal dengan sifat anti-feminis.
Terdahulu, pada tahun 2016 RM BTS pernah mendapat kecaman hebat daripada peminat dan orang ramai apabila salah satu daripada lirik lagu BTS mengandungi makna yang menunjukkan sikap misoginis.
Walau bagaimanapun, bermula dari kritikan itu, penyanyi lagu ‘Wild Flower’ itu mula mengambil inisiatif untuk belajar dengan mengikuti pengajian dan kajian jantina bersama seorang pensyarah dalam bidang Pengajian Wanita.
Ads
Selain itu, ketua kepada kumpulan BTS yang dikenali sebagai seorang ulat buku juga pernah dilihat membaca buku membincangkan topik feminisme karya penulis Cho Nam-Joo, berjudul Kim Ji Young, Born 1982.
Sebelum ini, isu kekerasan terhadap wanita sering dianggap isu wanita yang hanya perlu ditangani oleh wanita dan untuk wanita. Bagaimanapun, impak negatif daripada masalah ini turut dirasai seluruh komuniti dan masyarakat.
Ads
Disebabkan itu, The Pixel Project telah mewujudkan usaha ini bagi membasmi kekerasan terhadap wanita dengan penglibatan golongan lelaki dan memilih 16 tokoh lelaki terdiri daripada selebriti, ahli politik, pejuang hak asasi manusia dan sebagainya yang mampu membantu menjayakan kempen ini.
Ads
Antara tokoh ‘Role Models’ selain RM BTS yang dipilih adalah Bad Bunny, Benedict Cumberbatch, Ben Hurst, Dean Peacock, Édgar Pérez, Humberto Carolo, Adilur Rahman Khan, Kennedy Odede, Matt Tyler, Miguel Fontes, Rahul Bose, Shervin Hajipour,The Speech Prof or Professor Chesko, Tong Dawei, dan Wilfred Nyeko.
Sekadar info, RM BTS kini masih menjalani latihan wajib ketenteraan di Korea Selatan. Dalam kesibukan itu juga, beliau sempat terlibat dengan sebuah filem berjudul ‘RM: Right People Wrong Place’ iaitu sebuah dokumentari mengisahkan perjalanan di balik tabir penerbitan album solo keduanya yang dilancarkan pada 24 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan sama cantik dan sama padan, Janna Nick dan Dini Schatzmann telah selamat diijabkabulkan pada pagi tadi dalam sebuah majlis penuh privasi yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Pasangan bagai pinang dibelah dua ini dinikahkan oleh bapa Janna, Muner Abdullah dan bersaksikan pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amar FIkiri dan Amir Fikri.
Dini menyerahkan mas kahwin bernilai RM2’703 kepada Janna dan nilai tersebut merupakan satu simbolik kepada tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. Dalam satu perkongsian kepada pihak media, Janna mengucapkan rasa penuh kesyukuran kerana kini sudah bergelar seorang isteri.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu. Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” ujarnya.
Tentang majlis yang diadakan secara privasi, Dinie berkongsi, ““Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami. This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua.”
Seterusnya, Janna dan Dini diraikan dalam satu majlis resepsi di salah sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Sanjna Suri mungkin masih kedengaran janggal pada ramai orang tetapi inilah gadis yang sedang mewakili Malaysia di acara akhir Miss Intercontinental 2017.
Sedang berlangsung di Sunrise Garden Beach Resort di Hurghada Mesir, gadis kelahiran Ipoh Perak yang berusia 26 tahun ini merupakan bekas ahli farmasi yang memperoleh Bachelor of Pharmacy (Honours) untuk 5 tahun dari Cyberjaya University College Medical Sciences (UCMS).
Mengapa BEKAS?
Ini kerana Sanjna mengambil keputusan untuk menceburi bidang seni hiburan lebih setahun yang lalu dan kini aktif dengan kerjaya modelling dan lakonan.
Tapi korang tahu tak, perjalanan hidup Sanjna tak sentiasa berada di atas. Orangnya kelihatan cantik, kurus dan tinggi. Namun, kongsi Sanjna, dia juga pernah merasa rendah diri dengan rupa fizikalnya.
“Dulu, berat badan saya pernah mencecah 70 kilogram. Saya sedar dengan situasi badan yang tidak sihat itu, especially kerana saya mengambil ijazah dalam bidang Farmasi.
Ia banyak membuka mata saya untuk menjadi seorang yang lebih sihat dan saya akhirnya berjaya menurunkan berat sebanyak lebi 20 kilogram!” katanya yang juga menjadi antara peserta pilihan netizen untuk memenangi Miss Intercontinental 2017.
Kongsinya lagi, untuk menjadi kurus mudah saja. Pertama sekali, lupakan isu berat badan dan fokus untuk menjadi lebih sihat. Itu amatlah penting, terutamanya apabila ramai orang yang selalu elak daripada makan demi menjadi kurus.
“Jangan sesekali skip breakfast kerana dalam jangka masa panjang, kamu akan mudah hilang metabolisma dengan mudah. You think you are getting skinnier, but no. Kamu akan mudah mendapat perut yang berlemak.
“Bila kamu makan sesuatu untuk sarapan, perut kamu sebenarnya mencerna bahan-bahan yang dimakan dan ‘mendesak’ badan memproses makanan yang ada. Sebab itulah, metabolisma kamu menjadi semakin tinggi.
“ Tanpa makan, yes, you will get skinny for a week but you will gain back after that,” katanya lagi.
Tambah Sanjna, untuk sarapan, ambil buah-buahan atau protein. Karbohidrat pula HANYA untuk makan tengah hari. Bukannya semasa makan malam, bukan semasa sarapan.
Elakkan juga makanan yang berlemak, makan terproses dan gula.
“ And of course, bersenam sangat membantu TETAPI mula dari bawah. Jangan terus lakukan maraton because you will die! (ketawa).
“Mulakan dengan berjalan dulu. Contohnya, parkir kenderaan lebih jauh daripada tempat biasa dan berjalan dari kereta. Take the stairs. Dengan cara itu, badan akan mudah ‘menerima arahan’ untuk biasakan diri dengan bersenam.”
Baginya, there is no such thing as getting skinny thin. Dia pernah digelar ‘lelaki’ kerana dahulunya kurus dan mempunyai cheekbones yang tinggi. Sanjna belajar daripada pengalaman hidupnya dan fokus untuk menjadi sihat saja, bukannya kurus.
“Bila kamu lebih sihat, kamu akan bangun dari tidur dengan rasa lain dari semalam, lebih positif dan excited untuk hari baru! And that is my secret.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah seminggu membuatkan bakal pengunjung teruja, acara ‘taman tema berhantu’ tahunan di Sunway Lagoon iaitu Day.Light Fright yang sepatutnya berlangsung mulai 3 Oktober (Sabtu) ini terpaksa ditangguhkan.
Ini berikutan laporan kes wabak Covid-19 yang berlaku di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid beberapa hari yang lalu.
Justeru, setelah melihat respon rakyat Malaysia yang kini dalam keadaan lebih berjaga-jaga, acara Day.Light Fright yang menggantikan acara Night of Fright ini telah ditunda ke 17 Oktober kelak sehingga 15 November.
Menurut akaun Facebook Sunway Lagoon, ia merupakan keputusan yang terpaksa diambil oleh mereka dengan hati yang berat.
“Kami tahu, keputusan ini akan mengecewakan peminat ‘fright’ dan tetamu kami. Namun, kami ingin memastikan bahawa pengalaman mereka di Sunway Lagoon adalah pengalaman terbaik dan dalam keadaan yang tidak gusar.”
Walaupun Day.Light Fright telah ditunda, taman tema itu masih beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pihak Sunway Lagoon sentiasa memastikan kawasan mereka disanitasi sekerap mungkin. Malah, jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu juga dihadkan kepada 50% daripada kapasiti sebenarnya.
Bagi korang yang telah membeli tiket Day.Light Fright, pihak Sunway Lagoon boleh membantu korang emel ask_lagoon@sunway.com.my atau di talian 03-5639 000.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan rapat antara pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly dan aktres Elisya Sandha sering menjadi contoh kepada ibu mentua dan menantu di luar sana.
Pelakon...