Kalau korang masih ingat lagi dengan gadis misteri yang pernah muncul dalam Asia’s Got Talent 2017, The Sacred Riana pernah menjadi bualan kerana setiap kemunculannya dalam rancangan realiti tersebut boleh menaikkan bulu roma penonton.
Merupakan seorang ahli silap mata, kini pemilik nama sebenar Marie Antoinette Riana Graharani turut menjadikan David Copperfield sebagai idola.
The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur
Khabarnya TSR akan kembali lagi ke Malaysia dengan mengadakan sebuah persembahan silap mata berjudul The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur.
Ads
Perkara ini didedahkan oleh penganjur iaitu Mediaberg melalui akaun rasmi mereka baru-baru ini. Pengumuman ini turut dikongsikan dalam akaun Instagram peribadi TSR iaitu @rianariani.
Tidak terlalu banyak info yang didedahkan, namun pihak penganjur menulis bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaru mengenai persembahan ini.
Ads
“MALAYSIA ! Adakah anda cukup berani! Dia akan datang! Nantikan dan ikuti @mediaberg untuk lebih banyak kemas kini.”- tulis pihak penganjur.
Dalam poster yang dimuatnaik, mereka menulis agar semua peminat bersedia dengan persembahan eksklusif ini.
Apa yang kami boleh sahkan, The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur ini bakal berlangsung bulan Julai ini. Semestinya ia akan menjadi sebuah persembahan yang ditunggu-tunggu dan tak dilupakan.
Ads
Ikuti instagram Mediaberg untuk perkembangan terkini serta panduan jualan tiket pada masa akan datang.
Wah..tak sabar kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pada 1 Januari lalu kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 2025 dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan sekaligus bagi umat Islam menyambut kedatangan bulan Rejab.
Walau bagaimanapun, ada beberapa masyarakat yang tidak menyambut tahun baru mengikut perspektif kalendar gregorian atau moden pada setiap 1 Januari seperti yang digunakan di seluruh dunia kerana masih mengikut budaya, kaum dan agama masing-masing. Jadi, meh REMAJA kongsikan pada pembaca beberapa jenis tahun baru yang wujud di seluruh dunia.
STARY NAVY GOD
Di Rusia, terdapat sambutan Stary Navy God atau Tahun Baru Ortodoks yang disambut pada 14 Januari. Ini disebabkan Gereja Ortodoks di beberapa daerah di Rusia masih menggunakan kalendar Julian yang berbza daripada kalendar yang kita gunakan. Sambutan ini juga disambut dengan cara lebih tradisional dan diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
ENKUTATASH
Unik! Perayaan Enkutatash pula disambut oleh masyarakat di negara Ethiopia dan mereka menggunakan kalendar Ethiopia yang mempunyai 13 bulan. Enkutatash disambut pada setiap 11 September dan ia menandakan berakhirnya musim hujan dan permulaan musim menuai, dengan aktiviti seperti nyanyian, tarian, dan perhimpunan keluarga. Kalau anda nak tahu, pada saat artikel ini diterbitkan di Ethiopia kini masih berada di tahun 2017 ya!
Stary Navy God yang disambut masyarakat di RusiaEnkutatash yang diraikan oleh masyarakat di Ethiopia, kini mereka masih berada di tahun 2017 saat artikel ini diterbitkan
KHA-B NISAN
Perayaan Kha-b Nisan ini melambangkan permulaan bagi musim bunga dan kehidupan baru. Ia disambut oleh komuniti Assiria yang berada di Iraq, Syria, Turki dan Iran pada setiap 1 April dan ia diraikan dengan pelbagai acara tradisi seperti perarakan, tarian, dan acara kebudayaan.
POHELA BOISHAKH
Tahun baru Bengali atau Pohela Boishakh disambut pada setiap 14 April dan ia merupakan sambutan yang melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Bengali. Perayaan ini dimeriahkan dengan pawai, muzik, tarian, dan makanan tradisional.
Perayaan Kha-b Nisan yang disambut masyarakat AssiriaMasyarakat Bangladesh yang sedang menyambut Pohela Boishakh
NYEPI
Bagi masyarakat Hindu di Bali, Indonesia, terdapat perayaan Nyepi yang menandakan tahun baru dalam kalendar Saka. Pada hari perayaan Nyepi, seluruh pulau akan sunyi sepi dimana tidak akan ada sebarang aktiviti, perjalanan sebarang kenderaan, atau hiburan yang dibenarkan. Tujuannya adalah untuk refleksi diri dan meditasi. Menariknya, lapangan terbang dan jalan raya juga ditutup sepanjang hari tersebut bagi menghormati Nyepi.
MAAL HIJRAH
Akhir sekali, bagi umat Islam, mereka mempunyai Tahun Baru Hijrah atau Maal Hijrah yang disambut pada setiap 1 Muharam mengikut kalendar Islam. Ia bagi mengimbau kembali kepada perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah iaitu bukan sekadar perjalanan jauh, tetapi perjalanan menuju perubahan, harapan, dan keberkatan.
Sambutan Maal Hijrah yang disambut di Malaysia dengan pelbagai aktivitiNyepi yang disambut oleh kaum Hindu di Bali, Indonesia
Ringkasnya, walaupun setiap masyarakat di seluruh dunia menyambut tahun baru dengan cara yang berbeza mengikut tradisi, agama, dan kalendar mereka sendiri, semuanya mempunyai makna yang mendalam dan mengikut kepercayaan serta budaya masing-masing.
Sama ada melalui perayaan yang melibatkan nyanyian, tarian, refleksi diri, atau kebersamaan keluarga, tahun baru adalah masa untuk memulakan lembaran baru, memperbaharui semangat, dan merancang masa depan yang lebih baik.
Apa yang pasti, setiap sambutan ini memperlihatkan betapa kaya dan berwarna-warni kepelbagaian budaya manusia di seluruh dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia membuktikan yang negara ini memiliki permata yang cukup berharga. Pavit Coran, 19, pelajar di Universiti Multimedia cawangan Melaka telah muncul juara dalam pertandingan pengucapan awam English Speaking Union yang berlangsung jumaat lalu.
Beliau yang mewakili The English-Speaking Union of Malaysian (ESUM) telah mengalahkan 35 peserta lain dari 33 buah negara pada pusing peringkat akhir. Dalam pembentangan selama lima minit itu, Pavit telah mengetengahkan isu kadar kenaikan kes melibatkan tekanan mental sedunia dan menggesa kerajaan untuk mengambil berat tentang isu tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ESUM, Pavit berkata “Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding, penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya.
Menyifatkan pengalaman ini sebagai menarik kerana dia boleh berjumpa peserta seluruh dunia secara maya dari rumah sediri dan mendengar buah fikiran semua peserta dalam interpretasi tersendiri bertunjangkan tema yang sama.
Ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi anugerah tersebut pada kejohanan tahunan itu selepas Marina Tan memenanginya sepuluh tahun lalu. Pengerusi ESUM Tunku Dara Tan Sri Naquiah yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit, berkata “anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia.”
Sumber: Facebook ESUM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.
Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.
Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-
Berfungsi sebagai anti bakteria.
Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.
Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...