Baru-baru ini, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mencipta kecemerlangan apabila meraih pingat emas acara keirin pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Konya, Turkiye pada awal pagi semalam.

Atlet berusia 29 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk meloloskan diri daripada kepungan empat pelumba lain sebelum memintas pesaingnya beberapa meter sebelum garisan penamat di Velodrom Konya.

Dalam pada itu, ini merupakan emas pertama dimenangi oleh pelumba yang diberi julukan ‘The Terminator’ pada kejohanan UCI sekaligus menandakan pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

‘The Terminator’ Muhammad Shah Firdaus Kembali Mengganas, Raih Emas Di Kejohanan UCI

Ads

Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM),  Datuk Amarjit Singh Gill berkata kemenangan yang diperoleh oleh Shah Firdaus juga dianggap berjaya memecahkan tembok psikologi yang membelenggunya selama ini.

“Selama ini, Muhammad Shah Firdaus seolah-olah berada di belakang Datuk Mohd Azizulhasni Awang. Sebelum Datuk Mohd Azizulhasni bersara, semua tumpuan diberikan kepadanya”

“Secara psikologi, Muhammad Shah Firdaus mungkin merasakan dirinya sekadar pelumba kedua. Namun, kejayaan meraih emas di Konya membuktikan bahawa beliau kini adalah pelumba utama dalam kem Malaysia”

Ads

‘The Terminator’ Muhammad Shah Firdaus Kembali Mengganas, Raih Emas Di Kejohanan UCI

“Semua mata kini tertumpu kepadanya. Saya yakin Muhammad Shah Firdaus telah berjaya mengatasi cabaran mental untuk menang,” katanya.

Ads

Sementara itu, pemenang pingat gangsa acara pecut berpasukan Olimpik Tokyo 2020, Sebastien Vigier dari Perancis meraih perak manakala juara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 bulan lepas, Shinji Nakano dari Jepun membawa pulang gangsa.

Muhammad Shah Firdaus melangkah ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat ketiga.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI