Drama Korea The World of The Married sekali lagi mencatatkan rekod apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod terbaru drama hit ini mendapat penilaian purata sebanyak 24.33% di seluruh negara, sekali gus memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 23.78%, yang pernah dicapai dalam episod akhir drama JTBC pada tahun lalu, iaitu Sky Castle.
Satu-satunya rangkaian TV yang pernah mendapat penarafan lebih tinggi daripada drama The World of The Married adalah program realiti hit TV Chosun, ‘Mister Trot’ yang mencapai rating sebanyak 35.7% pada bulan Mac lalu.
BACA: 10 Drama Korea Terbaru Yang Akan Ditayangkan Sepanjang Bulan Mei
Dengan hanya berbaki empat episod terakhir, adakah The World of The Married mampu memecahkan rekodnya sendiri dengan mendapat rating yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhir ini?
Sama-sama kita nantikan. Kami pun dah tak sabar nak lihat apa kesudahan drama ‘berhantu’ ini. Hiks!
Sumber: Soompi
Son Yejin & Hyunbin Selamat Bergelar Ibu Dan Ayah. Timang Cahaya Mata Lelaki!
Tahun 2022 betul-betul membawa kebahagian buat pasangan bintang popular Korea ini.
Setelah 8 bulan berkahwin, pasangan Son Ye-jin dan Hyunbin akhirnya selamat menimang cahaya mata pertama mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin
Pada 27 November, Son Ye-jin dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Malah tidak lama daripada itu, agensi mereka mengumumkan bahawa pasangan itu selamat menimang cahaya mata lelaki pertama mereka.
Untuk pengetahuan, Son Ye-jin pada asalnya dijadualkan bersalin pada awal Disember, tetapi dia melahirkan lebih awal daripada jangkaan.
Kini, pelakon itu sedang berehat di pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.
Sudah tentu berita ini menerima respon positif daripada semua peminat mereka yang mendoakan bayi pertama mereka ini.
Hyun Bin dan Son Ye Jin melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana situasi COVID-19 yang masih menular dan hanya foto perkahwinan dikongsi untuk tatapan peminat.
Tahniah Son Ye Jin dan Hyun Bin, tak sabar nak lihat baby mereka mesti comel!
BACA: #TheBinJinWedding Trending, Peminat Teruja Nantikan Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Kali BTS Buktikan Merekalah Ikon Fesyen Remaja Sekarang
Isi Kandungan
Toggle
Tahun ini, sudah 5 tahun BTS ditubuhkan sebagai band.
Jika di Korea Selatan, 5 tahun tu tak lama pun mengikut standard artis idola mereka. Tetapi bagi BTS, 5 tahun mereka telah dipenuhi dengan bermacam-macam perubahan drastik sehingga berjaya menakhluki dunia muzik pop!
Salah satu perubahan tersebut adalah sisi fesyen BTS yang selalu memberikan excitement kepada peminat BTS dan peminat fesyen. Jom tengok 5 stail yang paling kami gemari.
01
UNICEF
Minggu lalu menjadi minggu yang sibuk untuk BTS apabila ahli RM berucap bersama-sama ahli kumpulan lain di New York sempena pelancaran kempen UNICEF ‘Generation Unlimited’.
Bukan saja ucapan BTS yang mencuri tumpuan, fesyen mereka juga menjadi bualan ramai. Smart dalam sut hitam, ada yang memakai tie dan ada yang tidak. BTS, kelihatan cukup helok!
BACA : BTS Cipta Sejarah Jadi Grup K-pop Pertama Berucap Di PBB
02
Tonight Show
Ahli BTS mungkin kelihatan sharp apabila memakai sut rona yang sama. Tetapi, personaliti mereka baru terserlah bila mereka memilih baju berbeza, seperti yang berlaku semasa Tonight Show with Jimmy Kimmel kelmarin.
Ketujuh-tujuh ahli mengenakan sut bercorak atau berwarna metalik sesuai dengan musim luruh. Kemudian, mereka kenakan dengan sneakers & tie bercorak bagi menjadikan ia lebih remaja.
Lagipun, BTS perlu menari untuk persembahan Idol dan I’m Fine. Jadi sneakers adalah penting.
03
Billboard Awards
Sekali lagi, BTS (atau stylist mereka) buktikan lelaki juga boleh memakai apa-apa jenis corak, seperti perempuan. Pada siaran Good Morning America, BTS memakai blazer, kemeja, baju-T dan hoodie berwarna terang.
Perhatikan je pada blazer J-Hope dan V. Terangnya!
04
Billboard Awards
BTS pernah ke karpet merah Billboard Music Awards. Cuma pada tahun 2018, mereka lari daripada konsep classy dan memilih pakaian yang lebih kasual. Ketujuh-tujuh memilih Gucci and it shows pada corak, strip tepi seluar, baju T berlogo ular dan cuffed jeans seperti yang dipakai oleh Suga.
05
Billboard Awards
Rasanya, gaya kelima ini paling menunjukkan keceriaan BTS dalam berfesyen. Mereka menganjurkan pajama parti di live-stream milik V dengan memakai jumpsuit merah jambu Pepto dengan neckerchief bercorak polka fot.
Seriously, BTS is simply fun!
Filem-Filem Best Sepanjang November Yang Wajib Ada Dalam List Korang
Setiap bulan ada saja filem best yang ditayangkan di panggung wayang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aktiviti menonton bersama kawan-kawan jadi acara wajib.
Bagi kaki movie, mereka tidak berkira-kira untuk keluar duit membeli tiket wayang asalkan dapat mengikuti setiap filem yang ditayangkan.
Korang dah ready nak serbu pawagam lagi? Berikut kami senaraikan antara filem best yang bakal ditayangkan sepanjang November ini.
1. Midway
7 November 2019
Sebuah filem aksi arahan Roland Emmerich berkisarkan tentang Pertarungan Midway, yang diceritakan oleh para pemimpin dan pelayar yang bertarung di Teater Pasifik Perang Dunia Kedua. Menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy Moore, Dennis Quaid, Darren Criss dan Woody Harrelson, filem Midway antara yang ditunggu-tunggu tahun ini.
2. Doctor Sleep
7 November
Filem ini adalah adaptasi dari novel Stephen King pada tahun 2013 dengan judul sama, yang merupakan sekuel kepada novel “The Shining” pada 1977 yang juga diadaptasi ke layar perak pada 1980.
Kali ini ia memberi fokus kepada anak Jack Torrance, Dan, yang kini sudah dewasa tetapi masih trauma dengan kejadian yang berlaku di Overlook Hotel. Dan bergelut dengan kuasa psikiknya, yang digelar `the shining`. Dia menemui tujuan baru dalam hidup selepas bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai kuasa sepertinya.
3. Ford V Ferrari
14 November 2019
Demi menandingi kereta lumba Enzo Ferrari di 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966, pereka kereta Amerika Carroll Shelby dan pelumba kereta Ken Miles bekerjasama untuk membina sebuah kenderaan revolusi bagi syarikat Ford Motor Co. Mereka perlu mengatasi undang-undang fizik, masalah peribadi masing-masing serta penglibatan korporat bagi membina kereta lumba tersebut.
4. Charlie’s Angels
14 November
Dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano, ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.
5. Frozen 2
21 November 2019
Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.
6. Ejen Ali: The Movie
28 November
Filem animasi Malaysia yang ditunggu-tunggu, Ejen Ali: The Movie bakal menggegarkan pawagam pada akhir November ini. Paling gempak, filem ini ditayangkan serentak di negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.
7. Last Christmas
28 November
Kate bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.
8. Knives Out
28 November
Perjumpaan sebuah keluarga yang aneh menjadi huru-hara apabila ketua keluarga itu mati. Perkara itu menyebabkan detektif dihantar untuk melakukan penyiasatan tentang kes kematian tersebut.
Sumber: cinema.com.my