Sejak pertandingan mencari bakat gadis-gadis tanah air, DEWI REMAJA diperkenalkan kira-kira 33 tahun yang lalu kita telah menyaksikan lahirnya nama-nama besar dalam industri hiburan.
Dan sebenarnya, nama-nama yang lahir dari pertandingan ini tidak lagi perlu kami sebutkan kerana bintang-bintang mereka yang bergemerlapan telah menjadi bukti bahawa DEWI REMAJA merupakan platform pencarian bakat mempunyai kredibiliti tersendiri.
Sepanjang sembilan edisi yang dianjurkan sebelum ini begitu ramai bakat-bakat luar biasa daripada generasi mereka. Kini tiba masanya untuk REMAJA meneruskan legasi tersebut untuk mencari siapakah juara edisi ke-10, DEWI REMAJA 2018/19!
Semalam bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah berlangsung majlis sidang media dan pengumuman siapakah di antara TOP 20 DEWI REMAJA 2019/19 terpilih ke peringkat seterusnya iaitu menjadi Finalis DEWI REMAJA 2018/19.
Melihatkan jumlah media yang datang membuat liputan REMAJA yakin edisi terbaru ini bakal menjadi antara penganjuran yang terbaik.
Kesemua peserta TOP 20 hadir dengan menggayakan pakaian lengkap, head-to-toe berwarna putih. Di sebalik senyuman mereka sebenarnya terselindung rasa gugup dan berdebar menantikan keputusan.
Di laman media sosial terutama di Instagram REMAJA pula ramai mula membuat ramalan siapakah yang akan layak menjadi finalis. Tak kurang juga penyokong masing-masing yang tidak putus-putus memberikan sokongan dengan hashtag
masing-masing.Mungkin dalam masa yang terdekat setiap TOP 12 akan mempunyai hashtag tersendiri? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Turut hadir pada sidang media ini ialah dua tunjang utama penganjuran DEWI REMAJA tahun ini iaitu Pengurus Saluran Astro RIA, Emarina Mohd Kamal dan Farah Husammuddin, Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Penganjuran DEWI REMAJA 2019/19 dengan tema ‘PESONAKAN BINTANGMU’ kali ini dilihat mempunyai liputan yang cukup menyeluruh merangkumi program TV, kandungan digital dan media sosial serta sokongan radio. DEWI REMAJA 2019/19 akan ditayangkan setiap hari Ahad jam 10:30 malam menerusi saluran Astro RIA (104) dan Astro RIA HD (123) bermula 25 November 2018.
Manakala kandungan digital dan media sosial pula di laman sesawang rasmi REMAJA iaitu di wwww.remaja.my/dewi dan laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter (Majalah Remaja). Radio ERA pula bertindak sebagai radio rasmi. Turut diumumkan Scha Alyahya sebagai hos yang turut menjayakan tugas ini dalam HERO REMAJA tahun lalu dan Hans Isaac sebagai juri tetap.
BACA: 8 Fakta Menarik Sepanjang Uji Bakat DEWI REMAJA 2018/19
Kepada yang berjaya layak menjadi finalis TOP 12 DEWI REMAJA 2018/19, team REMAJA ingin mengucapkan tahniah dan all the best. Timbalah pengalaman, pengetahuan dan cungkil potensi diri ke tahap yang paling tinggi dalam diri. Just be yourself, yakin diri dan paling penting disiplin haruslah dijaga. Buat TOP 20 yang tak terpilih jangan putus asa mungkin rezeki lebih berpihak kepada 12 orang yang terpilih. Sejujurnya setiap seorang daripada korang mempunyai potensi yang cukup hebat.
Okay that’s it! Jom kita kenali serba sedikit latar belakang TOP 12 DEWI REMAJA 2018/19!
Nama penuh: Sharifah Haneesya Binti Sayed Sahlan
Tarikh lahir: 11 Februari 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pandai menari, bergelar model sepenuh masa sejak berusia 15 tahun, pelakon ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’ dan mempunyai cabaran kondisi dyslexia, scoliosis dan thalasemia.
Nama penuh: Siti Sarah Shah Binti Nasser Shah
Tarikh lahir: 6 September 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Klang, Selangor
Pelajar jurusan TESL, fasih berbahasa Inggeris, suka mengacara, melukis dan mengembara. Mengidolakan Ryan Seacrest dan Jimmy Fallon.
Nama penuh: Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman
Tarikh lahir: 14 Ogos 2000
Usia: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Seorang perenang, mahir bermain alat muzik saxsofon dan piano, berdarah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka. Memiliki 14 ekor kucing dan seorang vegetarian.
Nama penuh: Arena Wan Mun-Yi Binti Iman Wan
Tarikh lahir: 16 Disember 1999
Usia: 19 tahun
Asal: Damansara, Selangor
Mahir bermain gamelan, piano, ukelele dan gitar. Kakak kepada Adam ‘Adam Autism Family’ dan bapanya Iman Wan merupakan komposer terkenal. Terlibat secara aktif dalam pelbagai TVC.
Nama penuh: Tunku Affie Rania Binti Tunku Fauzi
Tarikh lahir: 11 November 1999
Usia: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pelajar dalam jurusan peniagaan di Monash University. Mempunyai skill beatbox dan hobinya bermain futsal. Ibu merupakan bekas peserta DEWI REMAJA 2018/19, Che Puan Mimi Wahedah.
Nama penuh: Lydia Del Sal Binti Lawsin @Lawrince
Tarikh lahir: 27 Januari 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Sepanggar, Sabah
Pernah menjuarai Ratu Runggus Matunggong, Ratu Grand Merdeka Mall 2018. Pernah muncul dalam drama ‘Kuramanis’ dan filem ‘NegaraKu 16 September’.
Nama penuh: Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail
Tarikh lahir: 6 Oktober 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Kuala Krai, Kelantan
Seorang pesilat dan kini bekerja sebagai juru runding kecantikan. Pernah muncul sebagai pelakon tambahan filem ‘Munafik’.
Nama penuh: Rasya Sofea Binti Mohd Nasurdin
Tarikh lahir: 29 Januari 1996
Usia: 22 tahun
Asal: Kajang, Selangor
Pernah bergelar gimnas dan cheerleader. Muncul menerusi pelbagai TVC seperti Petronas Merdeka 2015, Safi, SEJORA dan Lovelilykl. Berdarah kacukan Perancis, Siam, Arab, Baba Nyonya, India dan Cina.
Nama penuh: Nurazeera Binti Azizi
Tarikh lahir: 16 Januari 1996
Usia: 22 tahun
Asal: Jenjarom, Selangor
Kini bertugas sebagai pramugari, pernah mengeluarkan single ‘Kehilangan’ dan juga viral ‘Pramugari Cantik Sukan SEA’. Merupakan kakak kepada pelakon/penyanyi, Neera Azizi.
Nama penuh: Sherin Amiri Binti Karim Amiri
Tarikh lahir: 16 Februari 1995
Usia: 23 tahun
Asal: Kuala Lumpur
3 tahun bergelar pramugari, masih belajar dalam bidang komunikasi massa di Segi College dan pernah menjadi model TV bagi KFC, Rexona dan Mee Sedap. Fasih berbahasa Farsi. Ayah berketurunan Iran/Rusia dan ibu, Melayu.
Nama penuh: Erni Nurshahira Binti Khairul Nizam
Tarikh lahir: 5 Januari 1995
Usia: 23 tahun
Asal: Petaling Jaya, Selangor
Mempunyai skil menguruskan event dan kini bekerja sebagai PR Executive. Seorang sosial media influencer.
Nama penuh: Fazni Fazreen Fazeera Binti Faizul
Tarikh lahir: 11 Februari 1998
Usia: 20 tahun
Asal: Segamat, Johor
Pernah menjadi bakat di bawah MIG (2014-2015), muncul dalam beberapa buah filem seperti ‘Dubai Im In Love’, ‘Surf This Love’ dan juga muzik video ‘Sejati’ dari Faizal Tahir.