“This Is Not The End” Anak DS Najib Beri Respon Pertama Tentang Kes Ayahnya

Share

 

Anak manalah yang tidak sedih sekiranya ayahnya sendiri disabitkan bersalah di sisi undang-undang.

Hari ini, anak kepada Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa Najib, 33 menyatakan respon pertamanya berkenaan keputusan hakim semalam yang mendapati Najib bersalah untuk kesemua 7 pertuduhan kes SRC International.

Kes berprofil tinggi yang kini mendapat liputan antarabangsa itu melibatkan pemindahan US$ 1O juta dari akaun 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun peribadi Najib.

Setelah didapati bersalah, Perdana Menteri pertama Malaysia yang didapati bersalah atas kes mahkamah itu dihukum penjara 12 tahun dan denda bernilai RM210.

Kata Yana Najib yang setia bersama ayahnya semalam di pekarangan mahkamah Jalan Duta, ini bukanlah pengakhiran bagi kes ini. Mereka akan tetap melawan keputusan mahkamah dan ingin membuktikan bahawa ayah mereka tidak bersalah.

“Tempoh 48 jam yang lalu amatlah lama dan beremosi untuk kami. Namun disebabkan oleh doa, harapan dan dorongan yang diberikan kepada kami, kami masih cuba bertahan.

“Yana sekeluarga ada membaca semua comment dan DM. Nanti insyaAllah, saya akan reply satu per satu selepas dah settle urusan mahkamah untuk pagi ini. (Saya dan adik saya adalah penjamin untuk kes SRC).

“This is not the end. Kami kecewa tetapi kami tidak mengalah. Hari ini hanyalah hari seterusnya dan hari seterusnya akan membawa pelbagai kemungkinan jika kita terus menjadi positif. InsyaAllah,” catatnya menerusi satu posting di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, Yana Najib mengikat jamin ayahnya dengan bayaran RM1 juta seperti yang ditetapkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd.

 

Published by
FZ