“This Is Their Tomorrow, Not Ours..” Ku Li Jawab Kenapa Penuntut Luar Negara Tidak Pulang Semula

Share

 

Sidang media terkejut yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama ahli politik senior, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung semalam menyentuh mengenai sebab utama pelajar berkelulusan universiti luar negara dilihat enggan pulang ke tanah air untuk menabur jasa.

Tidak dinafikan, ramai pelajar yang terikat dengan perjanjian biasiswa misalnya kembali semula ke Malaysia untuk berkhidmat. Namun kebelakangan ini, sebilangan besar lebih memilih untuk meneruskan peluang kerjaya di luar negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berpendapat bawah ia besar kemungkinan adalah disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil pada masa ini. Dan sebarang perubahan terhadap ekonomi negara sukar sekali untuk dilakukan sekiranya kerajaan yang memimpin sekarang juga tidak stabil dari segi formasinya.

“Barangkali kita (Tun Dr Mahathir dan tengku Razaleigh) dapat bekerjasama bertukar-tukar pendapat dan cari jalan bagaimana untuk kita memajukan balik negara kita. Kita dilanda dengan pandemik Covid-19 yang mengancam bukan saja rakyat tetapi negara kita.

“Saya rasa sudah sampai masanya kita mengaktifkan semula kedudukan ekonomi kita yang sememangnya boleh kita buat. Oleh itu, saya percaya dan yakin kita boleh pulihkan keadaan ini dan boleh mengembalikan keadaan negara masa ini. Kerajaan yang ada pada masa ini adalah kerajaan yang tidak mendapat keabsahan. Oleh itu, keadaannya tidak begitu stabil.

“Apabila kerajaan tidak stabil seperti Tun kata tadi (dengan) dua undi (majoriti), tiada siapa yang akan menaruhkan kepercayaan kepada politik dan ekonomi. Tiada siapa nak melabur duit ke dalam negara. Kalau itu berlaku tiada pertumbuhan dalam ekonomi, (yakni) tiada kerja dan (yakni) muda-mudi kita terutama sekali yang berkelulusan tinggi baik dari dalam dan luar negara akan menjadi golongan penganggur.

ARTIKEL BERKAITAN : 2 Juta Orang Hilang Kerja Selepas Aidilfitri 2020 

“Ibu bapa mereka dan negara mengharapkan sumbangan mereka untuk membangunkan negara kita. Ramai yang sudah bekerja pula sudah dibuang kerja, bukan hanya kerana pandemik tetapi juga kerana kemelesetan oleh kerana tiada dasar yang tetap serta tegas untuk kita menyakinkan pelabur dalam dan luar negara untuk menanam modal.

“Anak muda-mudi kita yang ada balik dengan harapan dapat membangunkan negara bersama hilang keyakinan oleh kerana apa yang diharapkan oleh mereka tidak menjadi kenyataan. Oleh kerana itu, kita berharap kita boleh baiki keadaan ini.

“Saya percaya rakyat Malaysia akan tampil ke hadapan untuk membangunkan negara sendiri. Kita (merujuk kepada diri sendiri dan Tun Dr Mahathir) orang tua-tua ini boleh memandu mereka dan memberi bimbingan supaya harapan masa depan lebih baik.

“This is the world of the young and it is the tomorrow of theirs. Not of ours. Jadi kita nak tolong setakat yang kita mampu lakukan. Seperti Tun Mahathir cakapkan tadi, bring back the tiger in us and we will become another tiger of the East,” jelas Tengku Razaleigh.

Sumber Foto: Utusan.

Tambah Tun Dr Mahathir pula, orang muda sedar pertukaran dalam trend politik di seluruh dunia sekaran yang dipimpin oleh generasi baru. Beliau mengakui generasi pemimpin yang seangkatan beliau sudah tamat.

“Apa yang kami ingin lihat, we will get the support to implement the ideas and experience yang kita ada untuk kebaikan negara kita. Bukan untuk kami berdua. Kami berdua tak payah bayar gaji pun tak apa dah. Ini tujuan kami ingin berkhidmat untuk negara dan untuk kemajuan rakyat,” kongsi Tun Mahathir.

*

Adakah korang merasakan sudah tiba masanya untuk peratusan pemimpin muda di peringkat nasional dipertingkatkan?

Sebelum ini, salah seorang pemimpin termuda negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa berhadapan budaya ‘ageist’ di parlimen dan tidak diambil secara serius disebabkan usia beliau.

Parlimen Masih Berbudaya ‘Ageist’, Syed Saddiq Diejek Tak Tentu Fasal Sebelum Sempat Buka Mulut – REMAJA

Published by
FZ