Jika tidak ada aral melintang, insyaAllah selebriti dan juga ahli pernigaan muda, Noor Neelofa Mohd Noor bakal menunaikan haji buat kali kedua pada Ogos nanti.
Dewi Remaja 2009/10 ini mengharapkan doa daripada orang ramai supaya segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
“Sebenarnya kami belum lagi mendapatkan visa dan masih berurusan dengan ejen tentang perkara ini. Saya masih lagi berusaha dan berdoa untuk semuanya dipermudahkan,”
Ditanya tentang persiapan haji kali ini, Neelofa mengakui bahawa semuanya dilakukan secara bersederhana kerana pada tahun lalu dia telah pun berpeluang untuk mengerjakan haji.
“Persiapan kali ini lebih senang daripada dulu kerana sekarang saya sudah tahu dan boleh imagine setiap satu step ke step yang lain. Dan memandangkan saya pergi dengan dua adik lelaki, tanggungjawab saya jadi lebih besar kerana bukan hanya perlu menjaga mak, tetapi perlu menjaga adik-adik juga yang tidak pernah pergi menunaikan haji,”
“Satu tanggungjawab yang besar sebab tahun lepas hanya saya, mak dan ayah bertiga saja, tetapi this time around I have to play the big sister role
,” jelas Neelofa.Sama-sama kita doakan agar semua urusan Neelofa dan keluarganya dipermudahkan. Semoga mereka berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah!