Direkacipta oleh Meta sebagai alternatif baharu kepada aplikasi media sosial Twitter, Threads telahpun menjadi fenomena baharu yang menemui kita semua sejak 5 Julai lalu.
Dakwa Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, Threads telahpun berjaya memiliki 11 juta pengguna dari seluruh dunia hanya dalam tempoh tujuh jam sahaja!
Kejayaan luar biasa ini sekaligus membuatkan pemilik baharu aplikasi Twitter, Elon Musk tertekan dan memulakan taktik mencerca Threads menerusi ciapan-ciapan baharunya.
Tapi itu cerita lain. Kali ini REMAJA ingin berkongsi tentang satu kekurangan yang ada pada Threads.
Khabarnya, pengguna Instagram yang telah mencipta akaun Threads tidak boleh memadamkan akaun tersebut tanpa memadamkan profil Instagram mereka yang sedia ada! Haa..
Biarpun Threads secara teknikalnya merupakan aplikasi berlainan daripada Instagram, pengguna baharunya masih perlu menggunakan profil Instagram untuk mendaftar masuk ke Threads. Jika korang telah melakukan langkah ini, tentunya korang sedar kedua-duanya saling berkait rapat.
Mungkin sekali ini merupakan strategi Meta agar 2 bilion pengguna Instagram sekarang akan memuat turun aplikasiThreads.
Tinjauan portal teknologi popular, TechCrunch mendapati terdapat satu syarat yang tersenarai dalam Dasar Polisi Tambahan Meta yang menyebut mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, pengguna Threads bebas untuk menyahaktifkan (deactivate
) akaun Threads pada bila-bila masa tanpa merasa takut sekiranya akaun Instagram mereka terkesan.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.