Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Tinggal berbaki beberapa hari sebelum kita menutup buku tahun 2022. Namun, kemanisan sepanjang tahun 2022 tetap tersimpul rapi dalam minda dan kenangan kita. Disini kami throwback 10 selebriti tempatan memilih tahun 2021 untuk bergelar suami dan isteri kepada pasangan masing-masing.
Adam Lee & Sweet Qismina
Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan. Dikhabarkan, jumlah mas kahwin itu dipilih sebagai simbolik sempena tarikh kelahiran Sweet. Memang sweet!
Adam Lee dan Sweet Qismina telah selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober dengan sekali lafaz.
Safawi Rasid & Syifa Melvin
Pemain bola sepak sensasi kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan dengan kekasih pilihan hati yang juga merupakan seorang pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin pada 28 November.
Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.
Da’i Syed & Hana Ismail
Ads
Tarikh 3 Disember 2022 menyaksikan detik istimewa buat penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed apabila beliau selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Hana Ismail. Majlis yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.
Akwa Arifin & Najwa Latif
Penyanyi Najwa Latif telah mendedahkan bahawa dia sah menjadi isteri kepada seorang ahli muzik, Akwa Arifin sekaligus menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun. Berita itu dikongsikan sendiri oleh Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra dengan panggilan Najwa melalui akaun media sosial Instagramnya.
Mohd Al-Adib Fahmi & Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita, 30, sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun ini. Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat.
Ads
Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman & Datin Seri Heliza Helmi
Penyanyi yang juga seorang aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli pernigaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, majlis akad nikah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11:11 pagi pada 1 Januari 2022.
Arif Abdillah Idris & Vanidah Imran
Setelah hampir empat tahun hidup bergelar ibu tunggal, Vanidah Imran kembali bergelar isteri kepada Arif Abdillah Idris pada 7 Julai. Pernikahan itu dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Muhammad Sufian Isa & Mas Idayu
Ads
Penyanyi Dangdut terkenal, Mas Idayu selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pilihan hatinya, Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Isa. Majlis perkahwinan itu diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall pada 16 September.
Syed Zainal Rashid & Sharifah Amani
Sharifah Amani selamat bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September tahun ini. Dalam majlis yang tertutup itu, pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah JAWI, Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta berwalikan bapa pengantin perempuan.
Engku Isyamuddin Tuan Losin & Anita Baharom
Mendirikan rumah tangga buat kali kedua, Anita Baharom telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember. Perkahwinan yang mengundang pelbagai reaksi netizen kerana Anita tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin semula setelah kematian suami pada 1 Januari lalu.
Semoga kekal bahagia ke anak cucu semuaa! Tahniah diucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan produksi Les’ Copaque menduduki tangga ketiga video paling popular di kalangan penonton YouTube Malaysia pada saat ini adalah kerana plot cerita musim ke-14 itu yang semakin menarik.
Sekiranya di awal musim, Upin Ipin menjadi tular disebabkan mulut salah satu karakternya, Fizi yang ‘tidak ada insurans’. Kali ini, ramai pula yang bertukar sedih dengan episod yang diberi judul ‘Kain Merah’ ini.
Sehingga kini, video tersebut telahpun mencecah lebih 13 juta tontonan.
Rata-rata komen di media sosial Les’ Copaque dibanjiri dengan perasaan menyayat hati sehinggakan ada penontonnya yang menitiskan air mata. Ini jelas adalah sesuatu yang membanggakan kerana tidak selalu animasi tempatan berjaya membuahkan impak sebegini.
*
‘Kain Merah’ mengisahkan fabrik berwarna merah milik Ipin yang diterbangkan oleh angin.
Ia merupakan fabrik yang diwariskan oleh arwah ibunya dan disebabkan itulah, Ipin menjadi sedih. Demi mengelakkan kesedihan Ipin berterusan, kembarnya Upin memberikan kain merah miliknya.
Ketika di bahagian akhir episod tersebut, team Upin Ipin mengambil peluang memaparkan bahagian ‘flashback’ ibu bapa mereka tanpa menunjukkan wajah. Kelihatan ibunya sedang menjahit kain merah yang kini menjadi milik Upin dan Ipin.
Hanya suara yang menjadi ingatan kepada pasangan kembar itu akan arwah ibu bapa mereka.
Untuk pengetahuan, episod kali ini bukan sekadar trending di YouTube di Malaysia saja. Malah di Indonesia, ia menjadi tular di stesen televisyen Indonesia, MNCTV yang menayangkannya. Pergh, hebat!
Jika korang belum menontonnya, klik pautan video di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mendengar keluhan para pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin, Universiti Malaysia Perlis mengambil langkah kanan untuk memberikan bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada pelajarnya.
Bantuan tersebut menurut Naib Chanselornya, Prod Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, adalah bagi memastikan pelajar mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh minggu ulang kaji dan peperiksaan. Ia juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang kadangkala terpaksa membantu keluarga di kampung dengan mengirimkan wang pinjaman dan zakat.
Kata beliau, inisiatif itu akan dimulakan pada minggu peperiksaan semester ini, bermula 27 Mei hingga 21 Jun akan datang.
Sebanyak 550 orang pelajar yang layak akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 sehari, untuk setiap orang.
“Kebiasaannya, minggu peperiksaan pada hujung semester sedikit membebankan pelajar kerana sebahagian besar sudah kekurangan wang. Ada yang terpaksa berpuasa dan makan tidak mencukupi nutrien kerana kekangan wang,” kata beliau.
Bagi REMAJA, ia adalah satu usaha yang baik. RM5 sehari – meski kedengaran seperti sedikit – tetapi boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
Pada masa yang sama, REMAJA berharap agar pelajar di seluruh negara untuk lebih bijak mengaturkan perbelanjaan mereka sejak menerima bantuan biasiswa, zakat atau pinjaman pada awal semester.
Sebahagian daripada wang itu seharusnya diketepikan untuk kegunaan pada suku terakhir semester agar mereka tidak dibebani masalah RM0 wang belanja semasa minggu peperiksaan. Right?
Usaha UniMAP ini bagi REMAJA juga diaplikasikan juga di universiti awam (dan swasta) lain sekiranya masalah beban pembelian makanan juga dialami oleh pelajar di sana.
***
Dalam pada itu, REMAJA turut dimaklumkan bahawa UniMAP juga menyediakan peluang menjana pendapatan kepada pelajar menerusi program Foodcart dan kiosk keusahawanan. Di situ, pelajar boleh berniaga makanan dan minuman.
Skim Dedikasi Diri juga ditawarkan mirip peluang kerja separuh masa di mana, pelajar boleh berkerja di mana-mana pusat dan jabatan di UniMAP untuk tempoh kurang 5 jam sehari.
Kerja yang ditawarkan mirip kerja part time biasa bersesuaian dengan kemahiran pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat.
Sumber: BHarian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel mengumumkan mereka bakal mengadakan sebuah konsert pada 3 Ogos ini yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert Dolla Re:Birth The Experience itu merupakan konsert sulung mereka selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.
Angel berkata konsert itu bakal menyaksikan era baru Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.
“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula dan menonjolkan sisi matang kami. Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu”
“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh siapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla”
Dalam pada itu, Tabby dan Sabronzo berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu serta akan memastikan penyampaian yang lebih segar.
Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions Rohit Rampal berkata konsert itu akan menjadi medan bagi membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.
“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka. Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka”
Sekadar info, antara lagu yang pernah dipopularkan Dolla adalah Damelo, Dolla Make You Wanna, Look At This, dan Raya Raya Raya.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...