#Throwback – Dewi Remaja Paling Menonjol Di Pentas Catwalk KLFW RTW

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Setiap tahun, acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan pemerhati dan peminat fesyen di Malaysia dan negara serantau.

 

Yes, fashion speaks louder than words.

Bagi yang betul-betul meminati fesyen, mereka berada di situ bukan sekadar untuk mengambil gambar cantik. Mereka juga bukan berada di situ hanya demi membuktikan mereka adalah sebahagian daripada fashion crowd. Tetapi mereka menghadirinya untuk 1) support, 2) update & 3) meraikan fesyen.

Sebahagian daripada alumni Dewi Remaja turut tak akan terlepas ke KLFWRTW.

 

 

Merekalah sebahagian daripada ‘kuasa’ hebat dunia fesyen di Malaysia. Apa je yang disarung pasti akan bertukar viral. Apa saja stail baru yang digayakan, pasti ada yang nak mencuba. REMAJA recap semula 5 Dewi yang pernah mengungguli pentas catwalk sempena KLFWRTW.

 

01

Scha Alyahya

Yasss, OG Dewi ini sendiri ‘membawa’ fesyen bersamanya tak kira acara yang dihadiri.

Scha juga selalu memilih sendiri pakaian yang bersesuaian dengannya tanpa terlalu bergantung kepada khidmat profesional. Hasilnya, setiap kali dia ke sana-sini, eksperimen fesyennya selalu akan menjadi dan tak mengecewakan.

Pada tahun ini, Scha dijemput untuk berjalan di samping model untuk slot Melium Group. Dengan gaya rambut yang sekali lagi diubah, Scha kelihatan yakin dalam persalinan Roger Vivier dan Victoria Beckham.

 

02

Natrah Khalid

Dalam apa-apa acara fesyen di Malaysia, pasti wajah Natrah Khalid tak terlepas daripada menghiasi kempen mahupun acara peragaan pereka fesyen. Buktinya, setelah Pencarian Dewi Remaja 2014/2015, Natrah tak menoleh ke belakang dan terus mengejar impian sebagai model yang dicari-cari!

Pada tahun ini, dia berkesempatan untuk berjalan untuk acara Neonate Clothing kendalian Karl Shafek pada hari kedua.

03

Neelofa

One thing for sure, Dewi Remaja 2009/2010 ini tak gentar untuk bereksperimen dengan fesyen. Neelofa bukanlah seseorang yang akan ‘play it safe‘ semata-mata untuk kelihatan cantik di mata orang lain. Setiap kali ada acara sebesar KLFWRTW, dia akan memastikan kemunculannya mendapat perhatian peminat fesyen agar ada sesuatu yang boleh diperkatakan.

Sama ada apa yang diperkatakan itu bersifat pujian mahupun kecaman, itu bukan persoalan utama. Yang penting, Neelofa berada di situ in the spirit of celebrating fashion dan tak semua orang berpeluang untuk melakukannya.

Tahun ini, Neelofa turut menjadi jemputan Melium Group dengan menyarung jenama Max Mara.

 

04

Anzalna Nasir

Tak selalu kita melihat finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini berjalan di pentas peragaan. Tetapi sekali dia diberi peluang, she just kills it!

Anzalna menyarungkan persalinan Tod’s untuk Melium Group dan ramai yang memuji presence yang dibawakan oleh Anzalna di pentas. Walaupun tidak memiliki ketinggian supermodel, itu bukanlah masalah utama buatnya yang pertama kali menjadi model peragaan pada tahun ini.

 

05

Izara Aishah

Pada tahun ini, Izara Aishah sempat untuk menghadiri pertunjukan fesyen Alia Bastamam pada hari pertama.

Namun pada tahun lepas, Izara turut diberikan kesempatan untuk berjalan di bawah label Farah Khan iaitu pemilik The Melium Group. Kira Izara terlebih dahulu merasa untuk berjalan di KLFWRTW lah!

Cantik, classy dan segar, Izara bagi kami adalah dewi yang sentiasa yakin untuk berada di hadapan penonton seramai ini. Lihat sajalah semasa dia menjayakan pertunjukan fesyen raya Rizalman untuk Fashion Valet awal tahun ini.

 

Jadi, Dewi mana yang paling menonjol untuk korang?

Published by
FZ