Semua tahu pencarian Dewi Remaja ini sinonim dengan sekumpulan gadis remaja Malaysia yang mempunyai potensi dan paras rupa BERAURA.
Kalau nak sebutkan siapakah bekas finalis Dewi Remaja yang paling mempunyai aura setiap kali dia melangkah masuk ke dalam sesebuah bilik, pasti ramai yang akan teringatkan kelibat supermodel era 90-an, Irene Santiago.
Irene yang berdarah kacukan Cina dan Filipina memulakan kerjaya apabila Tiara Jacquelina (seorang lagi bekas finalis Dewi Remaja) memberinya peluang untuk beraksi di dalam sebuah iklan televisyen pada usia 13 tahun.
“Selepas itu, kawan saya yang menghantar sekeping foto milik saya untuk menyertai Dewi Remaja. Pada masa itu, peserta perlu menghantar borang kepada pihak editorial dan mereka akan memilih finalis terbaik bagi setiap edisi.
“Apa yang Irene paling ingati mengenai Dewi Remaja adalah ia mengajar peserta untuk mendisplinkan diri terutamanya dari segi menepati masa. Masa awal-awal, Irene struggle juga tetapi bila sudah lebih berdisplin, ia membuatkan kami semua semakin dewasa,” katanya yang kini.
Pada tahun 1999, Irene mulai sibuk dengan karier di Hong Kong! Fuhh
..bukan senang nak berjauhan dengan keluarga.“Oh, masa itu Irene membahagikan masa selama 6 bulan di Hong Kong dan 6 bulan di Malaysia. Hidup di Hong Kong memang susah kerana selama 3 bulan pertama, Irene perlu pergi ke model casting pada setiap hari. Ingat lagi pengorbanan pada masa tu, tapi dari situlah Irene belajar kenal hidup.
“Saingan model lain di Hong Kong pun banyak, contohnya dari China. Tapi Irene dikira bernasib baik kerana banyak juga iklan yang masuk hehe. Antaranya Esprit, Giordano dan Standard Chartered Bank.
“Saya selalu ‘naik angin’ bila masyarakat kata model ni sekadar muka cantik. Sebenarnya seorang model perlu ada matlamat, selalu berusaha dan ada motivasi tinggi. Kalau tak, dia tak akan ke mana. Yang penting, jangan ambil kisah apa orang nak kata. Life is too short to care too much
. Kalau buat silap, belajarlah daripada kesilapan.”Thank you Irene Santiago.
Kami harapkan Irene sentiasa kekal cantik (gituhhh) dan sihat selalu!