Komposer dan penyanyi versatil, Stacy Anam menerima dengan hati yang terbuka apabila meraih kedudukan di tempat ketiga menerusi rancangan The Hardest Singing Show (THSS) musim pertama.

Kata penyanyi lagu popular Pelangi Senja itu, dia malah bersyukur apabila berpeluang untuk menyertai program realiti seperti ini.

“Alhamdulillah, nak kata gembira dapat tempat ketiga itu siapa yang suka kan. Tapi saya bersyukur kerana dari awal pun, walau apa pun kejadian semua itu kehendakNya.

“Yang penting saya dah tahu tubuh saya yang sudah push the limit. Kelebihan itu juga berbalik kepada diri saya sendiri,” katanya kepada Remaja.

THSS ‘Penutup’ Stacy Sertai Rancangan Realiti Dalam Karier Seni, Mahu Adakan Konsert Solo

Dalam pada itu, isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Akim Ahmad itu juga Stacy memaklumkan THSS adalah program realiti yang terakhir dirinya sertai sepanjang karier muzik kerana berhasrat untuk mengadakan konsert sulung pula.

“Saya dah tak nak masuk mana-mana rancangan realiti lagi kerana saya target mahu adakan konsert pula selepas ini. Saya akan sampaikan goal itu sebab THSS ini yanh mahalnya adalah proses itu sendiri.

“Jadi, untuk karier saya sebagai penyanyi saya hargai sangat dan berterima kasih,” ujarnya.

THSS ‘Penutup’ Stacy Sertai Rancangan Realiti Dalam Karier Seni, Mahu Adakan Konsert Solo

Sempat bertanya mengenai perjalanan sepanjang THSS, Stacy memberitahu dirinya tidak mengalami sebarang tekanan kerana baginya, dia tidak mahu fikirkan sangat hal sedemikian yang dapat menggangu proses persembahannya.

“Alhamdulillah, THSS sudah pun berakhir. Saya pun tak tahu saya mental ke atau apa kerana kami tidak stress pun setiap minggu, mungkin juga saya tak mahu fikirkan sangat.

“Bila dah tamat program ini, leganya Allah sahaja yang tahu. Terima kasih THSS, semoga video persembahan saya dapat mengubat kerinduan kalian.

“Sebenarnya saya tak perlu dah sertai pertandingan lagi, tapi rancangan ini berkonsepkan Hardest sebab itulah saya cabar diri di sini,” tuturnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI