Sebagaimana kita tahu, angka kes positif Covid-19 di India semakin meningkat sehingga menyebabkan bekalan oksigen dan ubat-ubatan semakin terbatas. Keadaan ini memaksa sebahagian rakyatnya kembali semula menggunakan rawatan tradisional untuk melawan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu.

Tiada Bukti Saintifik. Doktor Larang Guna Tahi Atau Air Kencing Lembu Sebagai ‘Penawar’ COVID-19
REUTERS/Amit Dave

Menurut kepercayaan masyarakat India, lembu yang dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia. Jadi disebabkan itu di Gujarat di barat India, ramai dilaporkan melawati pusat rawatan lembu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis atau air kencing lembu.

Perkara berkenaan dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada virus COVID-19.

Malah, salah seorang Ahli Parlimen India, Surendra Singh, turut memuat naik videonya meneguk segelas air kencing lembu di media sosial sambil mendakwa minuman itu mujarab untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna.  yang mengamalkan minuman air kencing lembu yang dipercayainya dapati dijadikan sebagai ubat untuk mencegah Covid-19.

Ads

Penawar Penyakit

Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.

Ads

Namun, hal ini mendapat tentangan daripada pihak doktor di sana. Para doktor dan saintis di seluruh India memberi amaran tentang rawatan alternatif tersebut dengan menyatakan ia berkemungkinan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.

“Tiada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang itu terhadap virus COVID-19.

Ads

“Amalan ini hanya berdasarkan kepercayaan yang diturunkan oleh generasi sebelum ini.
“Ia turut mengundang risiko penularan penyakit lain daripada haiwan kepada manusia,” kata Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr JA Jayalal.

Selain itu amalan berkenaan dilihat akan menyumbang kepada penularan virus COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Tapi nak buat macam mana sebab hospital di India pun dah tak cukup kan.  Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian B1617 yang berasal dari India sebagai satu kebimbangan di peringkat global.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI