Tiada Caj RM1, Pengeluaran ATM MEPS Sepanjang Tempoh PKP Mulai Isnin

Share

Sekejap je masa berlalu, hari ini merupakan hari ke 17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dijalankan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, jumlah kes Covid-19 hari ini di Malaysia mencecah 3,333 kes positif dengan jumlah kematian 53 orang setakat hari ini dan 2453 kes yang sedang dirawat.

Dalam usaha mengurangkan pengguna terpaksa bergerak jauh untuk mengeluarkan duit, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS akan dikecualikan caj pengeluaran antarabank sebanyak RM1 bermula 6 April 2020 ini.

Langkah ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada ATM terdekat dengan mereka tanpa perlu risau akan dicaj sebanyak RM1.

Buat masa ini, perkara ini hanya terhad untuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini sahaja – yang mana dijadualkan berakhir sekitar 14 April 2020 ini.

Dalam masa sama,  orang ramai diingatkan agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM dan korang juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.

Sumber : Astro Awani

 

Published by
Nana