Tiada Hujan, Keadaan Terkini Tasik Bukit Merah Kering Kontang Dan Kritikal

Share

Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ini perubahan cuaca memang tidak boleh diramal.

Malah, tular baru-baru ini gambar keadaan permukaan tasik itu kini kering dan paras air di empangan itu susut dengan ketara malah Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown terpaksa ditutup sejak dua minggu lepas kerana bot tidak dapat beroperasi.

Foto Via Viral Perak

Paras air Empangan Kolam Bukit Merah, yang merupakan kolam takungan bagi kegunaan air minuman, pengairan dan industri perkilangan di Kamunting, Taiping pernah mengalami penyusutan akibat fenomena El-Nino pada 2016.

Namun, penyusutan paras air kali ini adalah disebabkan ketiadaan hujan sejak sebulan lepas.

“Apa yang membimbangkan, selain penternak ikan kelisa pesawah juga mendapatkan sumber air dari empangan ini dan jika air berkurangan, ia memberi kesan kepada hasil padi yang baru sebulan ditanam semula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. ” kata ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Tebuk Panchor, Bukit Merah Mohd Khairul Nizam Yusop.

Foto Via Viral Perak
Foto Via Viral Perak
Foto Via Viral Perak

Bimbang akan perkara ini, kerajaan Negeri Perak turut digesa menjalankan pembenihan awan di Empangan Kolam Bukit Merah di sini dengan segera bagi mengatasi masalah paras air yang semakin surut.

Kebanyakan penduduk di sini yakin langkah itu mampu mencetuskan hujan bagi membekalkan air ke dalam takungan di empangan tersebut sekali gus memastikan bekalan untuk minuman dan pengairan sawah tidak terjejas.

Sumber: Bernama

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana