Penerjun wanita ini telah melalui musim 2021 yang agak mencabar disebabkan oleh pandemik COVID-19. Namun itu tidak bermakna Dhabitah Sabri membenarkan wabak untuk mengganggu konsistensinya. 

 

Hari ini, Dhabitah Sabri, 22 telah mencipta sejarah buat dirinya, skuad terjun serta kepada Malaysia apabila dia layak bertanding di peringkat akhir acara 3m papan anjal individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tapi sebelum itu, penulis ingin mengimbas semula beberapa kisah kejayaan Bitah pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Ads

Bitah pernah membawa pulang sebutir pingat perak dan dua gangsa pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 pula, Bitah sekali lagi cemerlang dengan dua pingat gangsa.

Kita perlu ingat, penerjun ini baru berusia 22 tahun dan dia juga seperti remaja lain inginkan kehidupan yang bebas. Namun demi Malaysia, Bitah tiada pilihan selain perlu gigih berlatih di bawah kendalian jurulatih.

Tiada Istilah Junior-Senior, Dhabitah Sabri Kongsi Latihan 8 Jam Seharinya

8 jam latihan itu sudah menjadi kewajipan Bitah. Agaknya, apa lagi yang perlu dilakukan Bitah untuk naik ke atas podium?

Ads

 

Ada beza tak jadi penerjun senior sekarang?

DS: Dulu saya selalu depend dekat senior bila nak berlatih. Saya beruntung kerana senior tak lokek ilmu dan sedia membantu. Sekarang, saya lebih yakin untuk mencabar kemampuan diri dengan terjunan yang lebih sukar.

Bagi saya, tiada jurang di antara penerjun senior dan junior kerana kami perlu saling menolong dalam banyak perkara.

 

Ads

Rutin harian sebagai penerjun

DS: Enam hari seminggu, saya akan berlatih tujuh ke lapan jam sehari. Jadi masa saya memang banyak diisi dengan latihan. Kalau nak berjaya memang kena sacrifice masa. Dan disebabkan selalu sibuk berlatih, saya lebih suka habiskan masa berehat di rumah bila free.

Tiada Istilah Junior-Senior, Dhabitah Sabri Kongsi Latihan 8 Jam Seharinya
Dhabitah bersama Tracie Ang (Gimnastik Artistik) dan Niena Azman (Futsal) untuk Majalah Remaja Isu Januari – Mac 2018.

Ramai tak kenal Bitah semasa di luar?

DS: Yes! Dulu saya pelik kenapa masyarakat nak bergambar dengan saya. Iyalah, saya bukannya selebriti. Sekarang saya sudah terbiasa dengan keadaan ini.

Sebagai atlet negara, saya ada tanggungjawab dalam bidang sukan dan itu melibatkan imej negara. Pastinya mereka ingin bergambar untuk dibuat kenangan. Cuma saya tidak selesa jika terlalu diganggu terutamananya di media sosial.

“Di luar kolam renang, saya just remaja biasa dan bukannya selebriti.” – dhabitah sabri

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI