Hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli oleh mereka secara atas talian dibaling begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Jika tidak lama dahulu, tular isu lambakan barang dan pemotongan komisen pekerja sejak PKP 2.0, semalam kecoh media sosial tempatan setelah satu video TikTok berdurasi 15 saat.
Video yang dimuat naik oleh salah seorang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu menunjukkan para pekerja J&T dipercayai melakukan tunjuk perasaan tidak puas hati di gudang syarikat itu dan bertindak membaling bungkusan pelanggan mereka. Malah, terdapat juga barangan bertanda fragile yang menjadi ‘mangsa’.
Ia sekaligus menaikkan marah pelanggan J&T yang rata-rata tidak berpuas hati dengan nasib barangan mereka dan berpendapat ia sama sekali tidak profesional.
Bukan hanya pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Malah para penjual atas talian juga mengadu bahawa mereka terpaksa pula memberikan pampasan kepada pelanggan yang menjadi mangsa kejadian selama ini.
Ads
Permohonan Maaf Secara Terbuka
Setelah seharian berdiam diri selepas video tersebut tular, tujuh orang pekerja syarikat J&T Express bahagian Perak itu tampil ke hadapan dengan permohonan maaf di atas tindakan membaling barang pelanggan.
Menurut mereka, insiden itu tidak ada kena mengena dengan sebarang isu dalaman mahupun potongan gaji pekerja oleh syarikat seperti yang dispekulasi oleh warganet. Malah ia juga tidak tercetus daripada apa-apa tindakan mogok.
“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana telah menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan proses dan hanyar barang pelanggan secepat mungkin,” jelas mereka. Pada akhir rakaman, mereka turut berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat mungkin.
Ads
Biarpun penjelasan telah dibuat, ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet tidak mempercayai dengan permohonan maaf yang dilakukan dan berpendapat ia seperti ‘terpaksa’.
Kenyataan Rasmi J&T
Biarpun para pekerja menidakkan kaitan insiden itu dengan masalah dalaman, syarikat J&T pula dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa ia berpunca daripada ketidak jelasan sistem pengagihan bonus di kalangan kakitangan jabatan.
Menurut mereka menerusi muat naik terbuka di Facebook, “Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama satu tahun dan binus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.
Ads
“Oleh kerana kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas pada 4 Februari dan menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama dan menyebarkan video ke media sosial.
“”Kami meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan kami yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dari kerugian pelanggan kami. Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan cepat untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami,” catat mereka.
Berikut merupakan paparan penuh surat berkenaan:
Untuk pengetahuan korang, sebarang tindakan dengan niat jahat mahu melupuskan atau memusnahkan, membuka, menyimpan, menahan atau menyembunyikan, melengahkan, mengabaikan atau salah serahan, mengusik atau menghalang mana-mana barang pos dalam perjalanan penyalurannya boleh dikenakan denda dan hukuman penjara di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012.
Bagaimanapun, Remaja merasakan rakyat Malaysia buat masa ini lebih mementingkan barangan mereka untuk selamat tiba ke destinasi berbanding apa-apa kenyataan yang dikeluarkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khabar pelepasan jawatan Perdana Menteri benar dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Ramai tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku sekarang?
Sebelum kita merujuk kepada apa yang bakal berlaku, kita lihat dulu kuasa pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40(2) itu menyatakan, ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini’.
Peruntukan ini jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, perlantikan itu juga adalah di atas kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.
Namun situasi terkini, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan bukannya dipecat.
Apabila perkara ini berlaku, di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet akan secara automatik dibubarkan dan kabinet baru perlu dibentuk semula. Kesemua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri perlu dikosongkan.
*
Malaysia jelas bakal menerima barisan kepimpinan baharu. Adakah kita sudah bersedia?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sabtu lalu telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17 yang mana anak lelaki kepada penyanyi rock terkenal iaitu Rahmad Mega turut bergelar graduan institut berkenaan.
Graduan ijazah sarjana
Berita gembira ini turut dikongsikan menerusi satu perkongsian di Instagram, Rahmad berkongsikan kejayaan anaknya berusia 25 tahun itu serta berdoa agar anaknya terus berjaya di masa akan datang.
“Tahniah buat anakanda kerana telah berjaya menyelesaikan Ijazah Sarjana, papa doakan semoga terus berjaya,” tulisnya.
Dalam entri itu, Rahmad turut memuat naik beberapa keping gambar mereka sekeluarga meraikan Suhazri pada majlis konvokesyen yang diadakan pada Ahad lalu.
Perkongsian Rahmad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan anak kepada penyanyi itu terus berjaya.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan Rahmad dan anak lelakinya dilihat seperti abang dan adik apatah lagi penyanyi itu awet muda meskipun sudah berusia 53 tahun.
Kejutan Buat Anak
Lebih manis, difahamkan Rahmad turut membuat kejutan kepada graduan di majlis konvokesyen apabila tampil membuat persembahan. Ketika menyanyikan lagu Takdir dan Waktu, anak kepada penyanyi itu dilihat naik ke pentas dan mencium tangan bapanya.
Wah, untungnya anak abang Rahmad ini. Apa-apapun tahniah kami ucapkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam beli makanan konsep pandu lalu pula, kreatifnya.
Mungkin ramai pasangan yang sudah merancang perkahwinan beberapa bulan ini terpaksa akur untuk menunda pernikahan dan majlis perkahwinan mereka gara-gara wabak COVID-19 yang melanda dunia.
Namun, tidak bagi pasangan dari kluang, Johor ini berjaya cipta sejarah anjur perkahwinan secara pandu lalu pertama di Malaysia.
Biarpun kes baharu yang dicatatkan sudah semakin rendah, namun norma baharu tetap perlu diamalkan sebagai langkah keselamatan bagi mencegah berlakunya penularan.
Menurut pengantin wanita ini, pada mulanya keluarga tidak bersetuju dengan ideanya untuk membuat majlis ‘pandu lalu’ kerana tak pernah dibuat orang majlis sebegini. Namun, beliau yakin bahawa majlis ini boleh dan akan berjalan dengan lancar.
Menurut pasangan pengantin perempuan, Norazura Mohd Ali idea membuat majlis mengikut SOP ini dirancang 2 minggu sebelum majlis berlangsung. Setelah hampir dua bulan menanguh majlis perkahwinan akibat Covid-19 dan PKP.
Pasangan ini mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang menganjurkan majlis perkahwinan dalam bentuk pandu lalu yang mana setiap kenderaan hanya diberi masa seminit untuk bertemu pasangan pengantin.
Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Aguzz merupakan pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger melansungkan perkahwinan dengan mengekalkan prosedur operasi standard mengikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu:
Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin,
suhu disemak oleh anggota RELA yang bertugas
catat nama berserta nombor telefon,
masukkan sumbangan ke dalam tabung ‘Salam Keruk’ yang disediakan,
pengantin menunggu di pelamin, kenderaan tetamu berhenti, tetamu mengucapkan tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan,
setiap kenderaan hanya diberi masa seminit sahaja.
Pasangan ini sempat memberikan nasihat buat bakal mempelai diluar sana agar membuat majlis mengikut SOP di musim Covid-19 ini namun masih menghargai tetamu yang datang kerana tetamu yang datang itu membawa ‘rezeki’ dan ‘keberkatan’. Selain itu, beliau juga sempat pesan agar tidak pedulikan apa yang dikatakan orang lain .
Fuh, menarik juga ideak konsep majlis secra ‘drive thru’ ni. Lebih jimat dari majlis biasa sebab kita tak perlu la nak bayar kompang, kanopi dan sebagainya.
So apa pendapat korang dengan konsep macam ni onzz ke tidak..?
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...