Jika sebelum ini masyarakat diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi kerana semua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan pada perbekalan yang ada, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Namun, viral di media sosial baru-baru ini apabila orang ramai diberikan beberapa tip yang dikongsi warganet dan khabarnya, tip tersebut membuahkan hasil dan mereka terus menerima temu janji selepas itu.
Apa pun, kini pihak JKJAV dan juga KKM berkongsi melalui laman sosial, supaya tidak melakukan perkara berkenaan. Janji temu akan diberikan secara automatik dan berperingkat, dan tiada jalan pintas untuk mendapatkannya.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak ke HelpDesk MySejahtera untuk tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
Penularan berita palsu bukan satu benda yang baharu, namun kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19 ini. Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul.
Hah, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya. InsyaAllah…semua akan divaksin dan dilindungi dari Covid-19.Sumber : JKJAV,KKM