“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna dia kepada saya”
Itulah ungkapan bermakna Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, di atas pemergian suami tercintanya.
“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian suami saya, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, awal pagi tadi.
“Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah,” coretnya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Pagi tadi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Toh Puan Raghad
Roti Masssimo Pula Naik Harga, Kerajaan Minta Penjelasan Daripada Pengeluar
Selepas kenaikan harga roti Gardenia akhir tahun lalu, The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti jenama Massimo juga telah menyemak semula harga kebanyakan produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah.
BACA: Harga Produk Gardenia Naik Harga Lagi Mulai 1 Disember 2021
Menurut Berita Harian, syarikat bakeri itu menyenaraikan harga peruncit dan pengguna yang disemak semula telah berkuat kuasa 1 Januari 2022.
Menerusi notis yang dikeluarkan kepada peruncit, pihak Massimo menjelaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa memastikan produknya kekal konsisten dan tidak berkompromo terhadap kualiti serta keselamatan.
Mengikut notis itu, harga baharu bagi pengguna adalah RM2.80 bagi roti putih sandwich 400gram, berbanding harga runcit sebelum RM2.38, manakala versi 600g dinaikkan daripada RM3.35 kepada RM4.00.
Walau bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk memanggil pengeluar roti Massimo untuk menjelaskan alasa menaikkan harga produk mereka. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata dia mahu penjelasan daripada pembuat roti itu dan alternatif yang boleh ditawarkannya.
Tidak dinafikan kenaikan harga barang di pasaran sedikit sebanyak memberi beban kepada para pengguna, khususnya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Diharap agar pihak berwajib dapat memandang perkara ini dengan serius dan mencari solusi membantu meringankan beban rakyat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lelaki Kreatif Buat Live ‘SUKMA’ Lumba Siput, Siap Wakili Negeri Di Malaysia
Sebagaimana kita tahu, Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2024 sedang berlangsung di negeri Sarawak buat ketika ini.
Dek ‘demam’ temasya SUKMA ini, seorang penguna TikTok bernama Ash (@tansri_ash) telah mencipta satu trend baru yang tidak diduga – perlumbaan siput sedut!
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Raja Pecut’ Sukma 2024 Milik Atlet Muda Dari Johor!
Ash membuat siaran langsung di TikTok pada waktu-waktu tertentu untuk mengajak penonton menyaksikan “perlumbaan” yang unik ini. Pada mulanya, beliau menggunakan penutup periuk sebagai laluan perlumbaan, namun kemudian beliau menaik taraf set perlumbaan dengan menggunakan polisterin panjang dan garisan yang jelas.
Wakili Negeri-Negeri Di Malaysia
Apa yang menarik, setiap siput yang menyertai perlumbaan ini diberi nama dan mewakili negeri-negeri di Malaysia. Jadi, selain menyaksikan perlumbaan yang menghiburkan, penonton juga boleh menyokong “wakil” negeri kegemaran mereka.
Menurut carian, siaran langsung perlumbaan siput sedut ini telah mencapai lebih daripada 20,000 tontonan! Ini menunjukkan betapa ramai yang terhibur dengan idea kreatif Ash ini. Komen-komen yang penuh dengan keceriaan juga membuktikan bahawa perlumbaan siput sedut ini berjaya membawa kegembiraan kepada ramai orang.
Aktiviti seperti ini mungkin kedengaran pelik, namun ia menunjukkan bahawa setiap individu boleh mencipta hobi yang unik dan menyeronokkan untuk diri sendiri mahupun orang lain.
Siapa sangka, perlumbaan siput sedut boleh menjadi hiburan yang menggembirakan!
@tansri_ash #tansriash #siputsedutrace #LIVEhighlights #TikTokLIVE #fypシツ ♬ original sound – Tansri_ash
ARTIKEL BERKAITAN: Nur Afrina Batrisyia Dinobat Ratu Pecut SUKMA 2024!
BACA LAGI: Kajian Bukti 95% Kes Cacar Monyet Berpunca Dari Aktiviti Seksual, Tertumpu Pada Kaum Lelaki
Sumber: TikTok (@tansri_ash
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ambulans Memang Diarah Berhenti, Keutamaan Pada Konvoi PM Demi.. – Polis
Semalam, tular satu klip video di media sosial dan platform aplikasi hantaran mesej seperti WhatsApp serta Telegram yang menampakkan sebuah ambulans bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang terpaksa berhenti di persimpangan jalan raya demi memberi laluan kepada ‘konvoi’ kenderaan golongan VIP.
Klip tersebut disahkan bertempat di Hulu Langat dan melibatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri yang sedang dalam perjalanannya ke Masjid al-Mustaqim di Batu 16 Hulu Langat bagi melihat kerja-kerja pembersihan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dari Taman Sri Nanding.
Disebabkan momen tersebut yang berjaya dirakamkan, ia secara tidak langsung telah menyebabkan kemarahan rakyat yang berpendapat keutamaan seharusnya diberikan kepada ambulans tersebut berbanding rombongan VIP itu.
Pelbagai pendapat negatif telah dilontarkan ke arah golongan VIP secara amnya yang dilihat sentiasa memperolehi kelebihan. Malah ada yang membandingkan kepentingan nyawa berbanding status seseorang individu. Ini secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan Ismail Sabri yang jujurnya, semakin tidak popular dalam kalangan rakyat dek pelbagai isu yang dibangkitkan sepanjang bencana banjir kali ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Diselar Gara-Gara Video Cuci Lantai Tanpa Kesan Banjir, Rupa-Rupanya Rina Harun Bersihkan Tahi Cicak & Unggas – REMAJA
Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu #maluapabossku pic.twitter.com/nADdOsjdVm
— Syazwan Shah 🏴 #ConnectRakyat (@syzwnrose) December 26, 2021
Demi meredakan keadaan tersebut, Polis Selangor hari ini tampil bagi menjelaskan bahawa arahan agar ambulans milik Persatuan Bulan Sabut Merah Malaysia dan kenderaan puntuk berhenti telah diberikan oleh anggotanya yang bertugas setelah penilaian awal dibuat.
Kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangir iaitu Supt Azman Sharri’at, sekiranya arahan tersebut tidak dikeluarkan sebelum momen itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi semalam, ia akan mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna di jalan berkenaan.
Jelas beliau dalam satu kenyataan pada pagi tadi, “Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan.
“Tindakan mengatasi trafik itu telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Begitupun, beliau menambah bahawa pihak polis sentiasa memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans dan bomba. Cuma kejadian semalam adalah demi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku dan mereka peka akan risiko tersebut.
Lantas anggota trafik mendahulukan konvoi VIP melepasi simpang jalan raya itu disebabkan faktor jarak yang sudah terlalu dekat dari titik pertembungan sebelum segera memberi keutamaan laluan kepada ambulans dan kenderaan 4×4 berkenaan.
Sebagai rakyat, kita sudah terbiasa untuk panik sebelum memberikan laluan kecemasan kepada ambulans, bomba dan polis apabila mendengar siren berbunyi ketika berada di atas jalan raya. Tapi jika korang mendapati terdapat kenderaan VIP yang membunyikan siren dari belakang dan ingin memecut laju, adakan korang akan turut segera memberikan laluan kecemasan?
Sumber : (1)
BACA LAGI : TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.