Tiada Kompromi, Shopee Terus Hentikan Jualan Basikal Lajak

Share

 

Susulan gesaan rakyat Malaysia agar aktiviti basikal lajak diharamkan di kawasan awam terutamanya di jalan raya demi keselamatan semua pihak, platform beli-belah di atas talian; Shopee telah mengambil tindakan seterusnya dengan menghentikan segala penjualan basikal lajak di platformnya.

Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, Shopee tidak sesekali membenarkn penjualan apa-apa jenis produk yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pembelinya.

Kata jurucakap Shopee, isu kemalangan melibatkan sekumpulan penunggang basikal lajak selama beberapa kali di Malaysia telahpun dibawa ke perhatian mereka. Justeru, demi mematuhi peraturan tempatan dan dasarnya, pihak Shopee akan membuang semua penyenaraian basikal lajak di platform beli belah itu.

Malah, tindakan sewajarnya juga akan diambil terhadap penjual yang menyalahi undang-undang atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Sekiranya ada dalam kalangan penggunanya yang menemui basikal lajar masih disenaraikan oleh sesetengah peniaga, mereka digalakkan untuk menghubungi Shopee.

“Pengguna boleh menghubungi kami melalui bulatan menu di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk dan klik pada pilihan ‘laporkan produk ini’. Atau pengguna juga boleh menghubungi kami di help@support.shopee.com.my atau talian 03-2777 9222 pada setiap hari,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Kes Sekumpulan Remaja Basikal Lajak Maut, Kerani Dijatuhi Hukuman Penjara – REMAJA

REMAJA bersetuju dengan tindakan Shopee ini bagi membendung lebih banyak insiden yang tidak diingini berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia yang teruja dengan aktiviti merbahaya itu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ