Kalau semalam penulis menceritakan tentang taraf pendidikan tiga calon Perdana Menteri Malaysia yang bakal merebut kerusi tersebut selepas dicalonkan oleh gagasan pasti politik masing-masing. Apa kata hari ini kita lihat pula kepada anak perempuan mereka yang juga popular dan dikenali ramai.
Ada yang mengikut jejak ayah mereka dan ada yang lebih selesa dengan pilihan kerjaya masing-masing yang jauh dari lensa politik. Tiga anak perempuan bakal Perdana Menteri Malaysia yang penulis maksudkan ialah Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, Nurul Izzah Anwar dan Najwa Mahiaddin.
Datin Nina Sabrina Ismail Sabri
Datin Nina Sabrina binti Ismail Sabri atau lebih mesra disapa dengan nama Nina merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan isteri kepada pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie. Walaupun bergelar anak kepadaa Perdana Menteri, Nina tidak menceburkan diri dalam dunia politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada perniagaan yang dibina.
Merupakan graduan dari Universiti Lim Kok Wing dan The University of Queensland, wanita berusia 35 tahun ini merupakan usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak serta kecantikan. Dia merupakan pemilik kepada Peterana Kindegarten dan salun Capello by Nina.
Ads
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah mengikut jejak langkah bapanya sebagai ahli politik. Terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi, wanita berusia 42 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional. Dia kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Johns Hopkins University.
Mula bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Nurul Izzah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti ketika itu. Kemudian dia sekali lagi mencipta sejarah apabila mengalahkan veteran UMNO, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik. Kini, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan akan bertanding di kerusi tersebut pada PRU ke-15 akan datang.
Anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan seorang pengiat seni dan penyanyi. Dia yang dilahirkan pada 26 April 1986 mendapat pendidikan di Berklee College of Music. Terkenal dengan nada suara mendalam dan penuh mendayu, Najwa pernah diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Terbaik (menerusi lagu Got To Go) di Anugerah Industri Muzik ke-18 pada tahun 2011.
Telahpun berkahwin, Najwa mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada tahun 2015. Dia juga tidak mengikut jejak ayahnya melibatkan diri dalam dunia politik sebagaimana Datin Nina Sabrina Ismail Sabri.
Ketiga-tiga mereka fokus dalam kerjaya masing-masing dan paling penting berjaya dalam cara mereka tersendiri tanpa perlu bergantung kepada populariti sang bapa. Salute!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Untuk perkembangan, berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah beliau menerima rawatan selama 53 hari.
Berita tersebut telah dikongsikan oleh pejabatnya menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik di laman media sosial.
Menurut kenyataan tersebut, bekas pemimpin negara yang terkenal seantero dunia itu dibenarkan keluar pada jam 11.30 pagi tadi.
“Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung negara pada 11.30 pagi hari ini.
“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024 untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan dan pemantauan,” lapor kenyataan tersebut.
Imbas kembali, ini bukanlah kali pertama pemimpin berusia 97 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Sebelum ini pada Ogos 2023 beliau turut dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan disebabkan jangkitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya peminat siri Harry Potter boleh menarik nafas lega setelah sekian lama menanti, sebuah kedai flagship filem ahli sihir itu bakal dibuka secara rasmi pada minggu depan di bandar New York.
Premis yang berkeluasan 21,000 kaki persegi ini akan menghimpunkan koleksi terbesar barangan Harry Potter. Terletak di Flatiron, rekaan dalaman kedai terbabit dirancang secara teliti bagi memberi gambaran sebenar seperti yang dipaparkan dalam filem tersebut.
Ia juga membolehkan pengunjung merasai suasana sebenar dalam dunia Harry Potter dan seakan-akan berada di dalam siri filem yang pernah mencetus fenomena itu.
Peminat juga berpeluang mencuba sendiri kasut but milik Hagrid, menggembara ke Kementerian Sihir menerusi pondok telefon berwarna merah.
Selain itu, kedai flagship ini juga dihiasi dengan pelbagai prop atau objek yang digunakan dalam filem dan dipamerkan dengan penuh tersusun bersama barangan Harry Potter.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Warner Bros, Sarah Roots, perincian yang begitu teliti dihasilkan menerusi rekaan dalaman itu bertujuan memberi satu pengalaman berbeza kepada pengunjungnya.
Jelasnya lagi, tahap perincian artistik dan kualiti rekaan dalaman yang diinspirasikan daripada filem Harry Potter bermaksud kedai ini akan membawakan satu pengalaman berbeza kepada pengunjung. Setiap peminat pasti menemui sesuatu yang istimewa kerana terdapat lebih 1,000 prop sihir termasuk sebahagiannya yang pernah digunakan dalam siri filem Harry Potter.
Rangkaian produk yang ditawarkan juga amat menarik selain pengunjung berpeluang mengambil gambar di sekitar kedai tersebut.
Khabarnya, ia bakal dibuka kepada pengunjung bermula 3 Jun ini.
Wah, bagi peminat Harry Potter di Malaysia mesti korang teruja dan menyimpan impian nak ke sana kan? Sama-samalah kita berdoa agar virus pandemik ini berakhir dan jika ada rezeki boleh terbang terus ke New York. Hiks!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...