Nampaknya, tiada lagi istilah “abah” sebaliknya kini digantikan oleh “Along” iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Muar. Pagi ini, anak muda yang agak popular di kalangan belia ini mengetuai majlis angkat sumpah di hadapan YDP Agong sebagai Menteri Belia & Sukan yang mewakili generasi muda.
Beliau mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri yang baru dilantik pada majlis angkat sumpah jawatan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di di Istana Negara, pagi Isnin.
Istiadat angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sambil disaksikan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Berikut merupakan senarai menteri baharu:
- Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
- Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof
- Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution
- Menteri Kerja Raya, Baru Bian
- Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah
- Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim
- Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
- Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking
- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi
Berikut pula adalah senarai timbalan menteri:
- Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafik
- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah
- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith
- Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md. Akin
- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin
- Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh
- Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye
- Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik
- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen
- Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puj