Jika dahulu kita sering ramai individu membawa masuk luggage beroda mereka di dalam kabin pesawat. Dalam hati kita pasti berkata-kata. Boleh lepas pulak, nampak macam berat semacam.
Ada ketika, disebabkan saiz beg agak besar, ruang letak beg penumpang lain yang mengikut nombor akan terkehadapan kerana ruang sepatutnya sudah diambil penumpang yang membawa luggage besar tersebut.
Tapi nampaknya mulai sekarang, bagi individu yang berhajat terbang melalui penerbangan AirAsia perlu tahu garis panduan baru yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan murah ini.
Ya, garis panduan baru ya. Di mana saiz beg yang korang nak bawa naik ke atas pesawat adalah bersaiz 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang). Beratnya pun tak lebih 7 kg dan boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan sahaja.
Ia merangkumi seperti beg komputer bimbit, tas tangan dan beg kecil tidak lebih 7 kg berat dan saiznya.
Jadi bagi korang yang gemar bawa beg beroda tu dengan niat untuk dimasukkan ke dalam kabin, minta maaf ya kerana korang perlu membayar caj tambahan ya kalau ia melebihi 7 kg. Tapi sebelum menaiki pesawat, pastikan korang dah download app My Sejahtera sebab nanti nak scan di pintu berlepas. Bagi yang belum buat dan ada cadangan nak terbang dalam masa terdekat, bolehlah download cepat-cepat untuk memudahkan korang scan aje masa nak masuk.
Dalam pada itu laporan Astro Awani, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.
Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang kali terakhir dikemas kini pada Rabu lalu, hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang.
Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.
Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag.
Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:
i) Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
ii) Tidak boleh melebihi berat 7kg
iii) Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan
Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.
Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.
Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini.
Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April, 2020.
Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.