Tiada Lagi Beg Sekolah Berat, KPM Janji Sedia Lokar Mulai Tahun Ini

Share

Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, setiap malam akan kemas buku yang perlu dibawa ke sekolah mengikut jadual yang telah diberikan oleh guru. Buku teks antara yang paling tebal dan jika sehari ada 5 subjek yang dipelajari, maka pelajar perlulah membawa lima buah buku teks, itu belum termasuk lagi buku latihan yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Menteri Beri Kelonggaran, Pelajar Tak Perlu Pakai Pakaian Seragam Ke Sekolah

Foto Via Sinar Harian

Bayangkan, bagi pelajar yang berbadan kecil, korang sendiri tahu bagaimana rupa bila beg sekolah lagi besar daripada tuan badan. Hiks!

Nah, kini  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil dengan beberapa jalan ‘penyelesaian baharu’.

Bermula tahun ini KPM akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah secara berfasa bagi menyelesaikan isu beg pelajar berat.

Foto Via Pexels

Penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi yang akan melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 pelajar.

Bagi menyediakan kemudahan itu, jumlah peruntukkan yang dianggarkan untuk fasa satu adalah sebanyak RM37.3 juta.

Setelah selesai fasa satu, fasa kedua pula menumpu kepada penyediaan lokar kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi bermula tahun 2023.

Berbeza dengan sekolah satu sesi, pelajar hanya akan diarahkan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.

Selain itu, KPM turut menetapkan pelajar hanya membawa dua buku latihan tidak melebihi 80 muka surat bagi setiap mata pelajaran.

Wah, untungnya adik-adik  zaman sekarang. Semoga dengan adanya usaha ini dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Published by
Nana