Tiada Lagi Cas Tambahan Touch n’ Go Semasa Parkir Kenderaan Bermula..

Share

 

Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.

 

Ketua Pegawai Operasi kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Sharul Hamid semalam telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melakukan beberapa pembaharuan demi memudahkan lagi urusan tambah nilai baki kad mereka.

Menerusi temuramah bersama The Star, beliau berkata pengguna Touch ‘n Go selepas ini boleh membeli kad baharu yang membenarkan mereka menambah nilai secara terus daripada telefon pintar mereka menerusi Touch ‘n Go e-Wallet.

Fungsi tambah nilai ini kami rasakan mirip dengan tambah nilai yang sering dilakukan di negara seperti Hong Kong (Octopus Card) dan Singapura (Cash Card). Ini katanya akan mula dilaksanakan pada akhir tahun ini.

Untuk pengetahuan, buat masa ini pengguna boleh menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet untuk membayar cas toll dengan fungsi PayDirect. Dengan itu, baki kad Touch ‘n Go korang tidak akan berkurangan dan bayaran dikurangkan terus kepada baki e-Wallet. Tak perlulah pengguna kerapkali perlu menambah nilai kad fizikal. Namun, ia hanya berkesan di beberapa lebuhraya terpilih saja.

Satu lagi pengumuman yang dilakukan oleh Effendy adalah mengenai pemansuhan cas tambahan 10 peratus Touch ‘n Go semasa memarkir kenderaan. Sebelum ini, ramai yang selalu mengeluh dengan cas tambahan setiap kali mereka memilih menggunakan Touch ‘n Go.

Kini korang tidak perlu mengeluh lagi bermula suku pertama tahun ini.

Selain itu, Touch ‘n Go juga sedang berkerja rapat dengan lokasi tambah nilai seperti Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, Giant dan beberapa stesen minyak terpilih seperti Shell dan Petronas untuk memansuhkan cas tambahan sebanyak 50 sen setiap kali pengguna menambah nilai.

Ini kerana jumlah itu tidak dikutip oleh Touch ‘n Go tetapi oleh ejen lokasi. Dengan pemansuhan ini, sistem tambah nilai akan bertambah tulus.

Setidak-tidak selepas berakhirnya perintah PKP 2.0 kali ini, kita boleh menarik nafas lega setiap kali memarkir kenderaan.

Published by
FZ