Tiada Lagi Catat Nama Dibuku, Aplikasi MySejahtera Wajib Digunakan

Share

Seperti yang sedia maklum, mulai hari ini semua rakyat yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (2.0) dibenarkan ‘dine in’ di kedai makan atau restoran namun hanya terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja.

Sumber Gambar : BERNAMA

Paling penting, pengamalan penjarakan sosial 1 meter harus diutamakan dan SOP patut wajib diamalkan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Salah satu SOP yang wajib dilaksanakan ialah scan aplikasi MySejahtera. Terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN)  telah mengumumkan yang mana penggunaan aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan untuk semua premis di lokasi dengan capaian internet luas.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Sebelum ini, terdapat sejumlah premis yang menyediakan kemudahan untuk orang ramai mencatatkan nama dan informasi secara manual pada buku. Namun, terdapat beberapa pengguna yang memberikan maklumat palsu dan kurang tepat ketika memasuki premis dengan mencatat pada buku.

Apa pun, untuk lokasi dikawasan pedalaman dengan capaian internet rendah, pengecualian diberikan dan pengguna boleh mencatatkan nama pada buku secara manual.

Sama-sama kita menangani gejala COVID-19 dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial bagi memastikan penularan tidak terus berlaku.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

 

Published by
Nana