Sebelum ini ramai yang merungut dengan fungsi check out di MySejahtera kerana sering terlupa untuk berbuat demikian selepas keluar daripada premis. Kini, masyarakat Malaysia tidak lagi perlu pening kepala kerana sebuah ciri baharu yang dikenali sebagai MySJ Trace telah pun diperkenalkan.
Walaupun fungsi ini sudah diaktifkan, namun ramai yang masih belum cukup jelas dengan cara ia berfungsi. MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth yang akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan penggunaan lain yang turut mengaktifkan ciri baharu tersebut.
Maklumat interaksi yang terkumpul akan disimpan dalam bentuk yang hanya boleh diproses oleh pihak KKM. Apabila seseorang pengguna MySJ Trace disahkan positif COVID-19, pengguna itu akan melakukan proses memuat naik maklumat interaksi yang terkumpul daripada MySJ Trace pengguna sepanjang 14 hari yang lalu ke satu pangkalan data yang dikawal oleh KKM.
Berikut kami senaraikan antara perkara-perkara tentang MySejahtera Trace yang korang perlu tahu.
Mengapa ada interaction walaupun korang duduk di rumah sahaja?
– Signal bluetooth boleh dikesan hingga 10 meter tetapi ini tidak bermaksud korang akan dikategorikan sebagai casual contact.
Bergantung kepada faktor-faktor yang boleh menghalang isyarat seperti:
Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?
– MySJ Trace hanya memerlukan pengaktifan fungsi oleh pengguna
– Namun, tidak semua orang akan menggunakan sistem ini. Oleh itu, pihak KKM masih memerlukan maklumat daripada check-in untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.
Adakah Bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa?
Ya, bluetooth perlu diaktifkan pada setiap masa untuk MySJ Trace berfungsi sepenuhnya.
Diharap selepas ini masyarakat lebih peka dengan penggunaan ciri ini di aplikasi MySejahtera.
Sumber: (1)