Tiada Lagi Duit Siling, Semua Parking Di Kuala Lumpur Guna E-Wallet

Share

Hari ini, bermulalah pembayaran parking secara e-wallet bagi caj tempat letak kereta di bahu jalan di seluruh Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan media, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai, kaedah pembayaran menggunakan mesin sudah berakhir semalam dan mulai hari ini orang ramai perlu menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-wallet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash untuk membuat bayaran caj letak kereta di kawasan Kuala Lumpur.

Masa yang sama, DBKL memaklumkan sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan e-wallet Boost dan Touch n Go bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.



Buat masa ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.

Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan media dikeluarkan semalam.
Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Jadi pastikan korang dah ada aplikasi yang dinyatakan itu ya dan bersedia menggunakannya. Jangan abaikan nanti kena saman lagi susah.

Published by
Almaswa Haji Che Ros