Tiada Lagi Istilah ‘Bilik Termenung’, Hanya Max 15 Minit Guna Tandas Awam Di China

Share

Antara negara paling berkuasa untuk revolusi industri 4.0 ini. Bidang teknologi negara China semakin bergerak maju dan patut dicontohi.

Bertujuan mencegah jenayah di China,kini negara yang sangat besar dengan populasi manusia telah ‘revolusi tandas’ yang mana ia dilengkapi dengan sistem yang canggih.

Digelar tandas pintar, pengguna tidak dibenarkan menggunakan atau berada dalam tandas lebih daripada 15 minit.

Tandas pintar ini telah pun disediakan di sekitar bandar Shanghai sebanyak 150 buah. Ia merupakan salah satu pengenalan dalam usaha China menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk diimplementasi dalam rutin harian setiap individu di sana.

Memetik laporan SCMP, setiap tandas mempunyai pengesan infra merah yang boleh mengesan keberadaan penggguna sekali gus merekod tempoh masa pengguna di dalam tandas.

Selain sistem berkenaan, tedapat sensor yang akan mengumpul maklumat seperti kualiti udara dan fungsi penjimatan air berdasarkan tempoh seseorang berada di dalam tandas.

Sekiranya pengguna ‘meluangkan masa’ lebih dari 15 minit, satu mesej penggera akan dihantar kepada pekerja yang mengendali bahagian itu untuk tindakan susulan. Kami tidak dapat pastikan apakah tindakan susulan yang dibuat kepada pengguna yang melebihi masa.

Sebelum ini, China sudah mengimplementasi tandas awan di sana dengan sistem pengecaman muka untuk tisu tandas. Setiap pengguna akan diberikan sebanyak 40-80 sentimeter tisu tandas selepas wajah diimbas.

Bagus kerajaan China buat revolusi tandas,  bila la teknologi ini boleh la diaplikasikan di Malaysia juga baru la tak segan nak masuk tandas awam…hiks

Published by
Nana